Arkib Blog

Thursday, March 18, 2010

Shaziman disindir 8 projek jambatan terbengkalai


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Lapan projek membina jambatan yang terbengkalai dari Pokok Sena ke Nami, Kedah mengakibatkan Menteri Kerjaya Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor disindir dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, kerajaan dilihat seolah-olah berdolak-dalih apabila projek-projek terbengkalai di luar bandar dibangkitkan.

“Masih lagi basah jawapan yang diberikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) bahawa projek ini akan dipercepatkan,” kata beliau pagi tadi.

“Apabila saya bermesyuarat dengan majlis daerah, dimaklumkan projek-projek tersebut masih ditenderkan semula, seolah-olah wujud percanggahan dengan apa yang menteri jelaskan.”

Beliau yang juga AJK Pemuda PAS Pusat berkata, beberapa projek tersebut terbengkalai sejak empat tahun yang lalu.

“Saya jadi wakil rakyat dua tahun yang lalu, sebelum saya menjadi wakil rakyat, dua tahun jabatan tersebut dibina tapi tidak siap,” ujarnya.

Mewakili rakyat Kedah, beliau mempersoalkan sikap sambil lewa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan KKLBW dalam membangunkan kawasan luar bandar.

“Sampai bila rakyat luar bandar, rakyat Kedah (khususnya) Padang Terap terpaksa menanggung kesusahan ini,” jelasnya.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa amalan pemberian tender secara langsung kepada kroni-kroni tertentu seperti Tandop Besar Sendirian Berhad.

Shaziman kemudiannya menafikan dakwaan Nasir bahawa Tandop Besar Sendirian Berhad terus diberi tender secara tertutup oleh kerajaan sendiri.

Pun begitu, beliau tidak pula menjelaskan punca terbengkalainya kelapan-lapan projek pembinaan jambatan, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Nasir.

Sebelum pada itu, Shaziman menjelaskan bahawa kerajaan telahpun meluluskan projek-projek tersebut bernilai RM16.8 juta melalui kaedah tender terbuka.

Tambahnya lagi, tender semula beberapa projek terbengkalai tersebut kebetulan diadakan pada hari ini supaya projek-projek tersebut disiapkan secepat mungkin.

Jawapan Shaziman itu adalah menjawab soalan pokok Nasir – Bilakah projek tersebut akan disiapkan? Berapakah peruntukan kerajaan demi menyempurnakan projek-projek terbengkalai itu?

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009