AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, March 9, 2010

PKFZ: Siasatan SPRM ke atas Wee berterusan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata Wee (kiri) telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan tidak menafikan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan kes itu.

"Ada beberapa perkara lagi yang kita perlu ambil tindakan sebelum melengkapkan siasatan kes ini... akan ada saksi lain yang akan dipanggil," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Pengarah Siasatan SPRM di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Bekas Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia, Mustafar Ali telah dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Mohd Shukri, berkuatkuasa 1 Mac lepas.

Pada 28 Jan lalu, DAP mendesak supaya Wee disiasat kerana mendapati, beliau masih memiliki hampir separuh kepentingan dalam firma konsultansi, Hijau Sekitar Sdn Bhd yang menjalankan kajian pembangunan tanah bersebelahan dengan kawasan PKFZ.

Anggota Parlimen DAP dari Seremban, John Fernandez, ketika mengemukakan laporan lima muka surat ke Ibu Pejabat SPRM bersama lampiran 200 mukasurat, berkata hasil carian yang mereka lakukan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mendapati, Wee masih memegang 49,998 syer dalam Hijau Sekitar.

Fernandez berkata Wee telah menyatakan dalam beberapa laporan akhbar bahawa beliau telah melupuskan kepentingannya dalam Hijau Sekitar sebaik sahaja dilantik ke jawatannya sekarang.

Pada 24 Dis lalu, Wee mengakui Hijau Sekitar menjalankan kerja-kerja konsultansi untuk Pelabuhan Klang tetapi menafikan sebarang pertalian dengan projek PKFZ.

Pada 11 Feb lalu pula, Wee gagal mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Tan Sri Robert Phang dan akhbar The Star daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah mengaitkan beliau dengan isu PKFZ.Wang RM2 juta

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata SPRM memerlukan sedikit masa lagi bagi melengkapkan siasatan terhadap bekas setiausaha politik kepada menteri kanan, yang ditahan bersama wang tunai kira-kira RM2 juta bulan lalu.

Beliau berkata kes berkenaan masih dalam siasatan kerana ia melibatkan bank asing dan hartanah di luar negara.

"Kes ini melibatkan akaun bank antarabangsa. Jadi, kita memerlukan masa untuk mengesan harta-harta di luar negara. Beri kami sedikit masa untuk selesaikan siasatan kes ini," katanya.

Pada 18 Feb lalu, bekas setiausaha Politik itu yang ditahan pada 12 Feb lepas, dibebaskan oleh SPRM dengan jaminan RM50,000.


Sebelum itu, pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009