AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 8, 2010

Pembelotan Tidak Halang Anwar Teruskan Perjuangan Rakyat


KUALA LUMPUR 8 MAC: Walaupun pelbagai usaha dilakukan Umno Barisan Nasional bagi menyekat kemaraaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia tidak mampu menghalang beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat dari meneruskan perjuangan untuk rakyat.

Malah, Anwar yang berdepan pertuduhan konspirasi kedua itu tetap teguh dalam memperjuangkan nasib rakyat sekalipun terpaksa menanggung pelbagai cemuhan dan celaan yang direka cipta Umno BN.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu semalam menegaskan betapa beliau tidak patah semangat, apatah lagi goyah biarpun segelintir pemimpin bermasalah dalam parti, belot dalam perjuangan.

"Dulu, dengar Anwar akan dapat pegang Putrajaya, semua bertahan. Bila terlambat ke Putrajaya, mereka patah balik (keluar parti). Pejuang apa ini? Dulu bukan main. Pernah dengar bila kita kata mahu ke Putrajaya, ada yang belot? Tidak ada...

"Tapi bila rasa lambat lagi, datang RM1 juta, datang RM2 juta, terus dup dap dup dap," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru malam semalam.

Sebaliknya, Anwar tetap meneruskan perjuangan rakyat dan tidak mungkin mengalah walaupun apa jua tekanan ditimpakan kepada beliau.

"Kalau ibarat kita dalam perahu, orang serang kita, pukul kita, aibkan kita, satu dua orang bekas penyokong lompat parti. Maknanya patah dayung. Saya ingin beritahu kepada saudara, kalau patah dayung dengan jariku dayung jua. Namun mengalah tidak sekali.

Bagaimanapun, beliau mengakui kecewa dengan tindakan itu segelintir pemimpin PKR tang tidak mengambil kira pengorbanan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan yang jelas mementingkan diri sendiri semata-mata.

Beritahu bekas Ahli Parlimen PKR, orang yang sokong kamu dulu, perah tenaga, peluh keringat dan wang ringgit untuk menangkan kamu, sebaliknya kamu kira pertimbangan lain. Diam-diam runding dengan Rosmah dan Najib," katanya.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009