AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, March 8, 2010

Mahkamah Tolak Rayuan Anwar Batal Pemecatan


PUTRAJAYA 8 MAC: Seperti dijangka, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengisytihar pemecatannya dari jawatan Kabinet 11 tahun lalu di sisi undang-undang, sebagai tidak sah.

Keputusan melibatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu dibuat secara sebulat suara.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata tiada kesangsian bahawa perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membatal pelantikan Anwar.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, sebagai monarki raja berpelembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet, membatalkan pelantikan berkenaan.

Anwar ketika itu adalah pemimpin yang disebut-sebut bakal menerajui Malaysia dipecat pada 2 September 1998 berikutan konspirasi politik peringkat tertinggi dan tindakan berkenaan menghakis kepercayaan umum terhadap institusi kehakiman.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009