AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, March 7, 2010

Konvensyen PR: Selangor Mahu Pilihanraya Tempatan


Selangor bakal mengikut langkah kerajaan Pulau Pinang mengadakan semula pilihanraya kerajaan tempatan bagi mengembalikan demokrasi di peringkat pentadbiran setempat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sidang akhbar Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor berkata kerajaan negeri akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk membantu menganjurkan pilihanraya tersebut.

"Kita telah membuat pertemuan semalam, kita akan bersama-sama kerajaan Pulau Pinang untuk menulis surat kepada SPR supaya berikan kita penerangan tentang bagaimana sokongan mereka, bagaimana kelulusan mereka jika kita ingin mengadakan pilihanraya tempatan," kata Khalid.

Kali terakhir pilihanraya tempatan diadakan adalah 40 tahun lalu selepas ia diharamkan Kerajaan Pusat ekoran perintah Darurat pada September 3 1964.

Artikel 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri meminta SPR menganjurkan pilihanraya tempatan mengikut Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Khalid bagaimanapun berkata kajian mendalam perlu diadakan terlebih dahulu bagi mengkaji permasalahan undang-undang sekitar pilihanraya tempatan.

"Kita rasa perubahan sebesar ini perlu banyak kajian supaya ahkirnya kita menjadikan majlis perbandaran lebih mantap," katanya.

"Kita perlu pastikan terlebih dahulu apakah ia boleh diadakan dan bagaimana sebelum kita laburkan jutaan ringgit, dan masa berkempen, tiba-tiba ia di batalkan SPR dan rakyat pasti merasakan mereka telah tertipu jika itu berlaku," tambah beliau.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009