Arkib Blog

Sunday, March 7, 2010

Khalid: Ingat Janji Kita Pada Rakyat


Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terus memperjuangkan perkara-perkara asas dalam membela rakyat supaya mereka terus menikmati perbezaan hidup di bawah Pakatan Rakyat berbanding kerajaan negeri Umno-BN sebelumnya.

Khalid berkata usaha memastikan kerajaan negeri bersih daripada rasuah dan kemakmuran di agihkan kepada rakyat akan menyakinan rakyat Selangor dan seluruh Negara untuk mengangkat Pakatan Rakyat ke Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Tan Sri Khalid berkata Pakatan Rakyat telah menyahut mesej jelas dari rakyat Selangor pada pilihanraya umum yang genap dua tahun esok.

"Ini yang rakyat tak nak, ini yang rakyat tak mahu, kontrak dibagi pada kawan-kawan, tanah diambil untuk basmi kemiskinan, pengerusi yang jadi tokehnya, bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini, kita berada dalam satu peluang, rakyat melihat apa bezanya kepimpinan dibawah UMNO BN dengan kepimpinan oleh Pakatan Rakyat, apa bezanya Khir Toyo dan Mat Taib lain-lain dengan Khalid Ibrahim,” tegas beliau.

Khalid berkata pentadbiran beliau telah berusaha dengan segigih mungkin untuk menzahirkan perbezaan itu.

“Ini bukan boleh dibeli, ini bukan boleh digertak, ini kerana kita daripada kumpulan reformasi, kita mahu buat perubahan menunjukkan kepada rakyat, kita boleh pandang mata rakyat, katakana saya berjuang untuk saudara, saya boleh salam saudara, saya salam bahawa ini amanah yang diberikan oleh saudara, dan kita berani buat demikian,” katanya.

Dalam tempoh singkat dua tahun ,kerajaan negeri telah mengorak langkah menyelesaikan pelbagai masalah yang tertunggak sekian lama di bawah Umno-BN.

Antaranya memberi hak tanah kepada lebih 100,00 keluarga dan melanjutkan pajakan tanah untuk mereka yang layak serta menyelesaikan masalah penduduk bukit Botak yang dinafikan rumah sekian lama.

Turut diperkenalkan pelbagai skim untuk anak kelahiran baru, warga emas, bantuan untuk ibu tunggal dan anak pekerja ladang di samping air percuma 20 liter padu.

“Tak tergambar Barisan Nasional bahawa merakyatkan ekonomi ini, ialah balasan kita kepada rakyat yang memerintah, tak tergambar oleh Barisan Nasional," kata beliau.

Khalid berkata program-program Pakatan rakyat di Selangor adalah penting untuk memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir Negara sekiranya diberikan mandate oleh pengundi pada pilihanraya umum ke 13.

“Harapan baru kita ialah sebagai tugas baru, tugas baru yang mengatakan jika kita boleh memerintah Selangor dengan baik, jika rakyat Selangor percaya dengan kita, rakyat Selangor mahukan kita, sudah tentu kita akan ke Putrajaya," tegas Khalid.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009