AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, March 18, 2010

Kewujudan Parti Perkauman Tidak Selaras Semangat Satu Malaysia


KUALA LUMPUR 18 MAC: Parti-parti politik yang berasaskan perkauman harus dibubar kerana ia bertentangan dengan konsep Satu Malaysia yang ditaja oleh Umno-Barisan Nasional.

Cadangan ini dikemukakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ketika membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang tadi.

Beliau mencabar setiap ahli dewan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir sidang ketika itu, supaya bangun mengisytiharkan bahawa mereka adalah pertama-tamanya rakyat Malaysia, sebelum mengakui berketurunan Cina, Melayu, India, Iban atau sebagainya.

"Semua parti politik berasaskan kaum perlulah dibubar kerana ia menentangkan semangat dan konsep Satu Malaysia. Umno sendiri, MCA, MIC semuanya perlu dibubar kerana ia bertentangan dengan Satu Malaysia," kata Kit Siang.

Namun, tiada seorang pun ahli parlimen Umno-Barisan Nasional berani menyahut cabaran itu.

Sebaliknya, cabaran ini disokong oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kemudian mempersoalkan sama ada konsep parti berasaskan kaum, sesuai dengan acuan Satu Malaysia.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid bangun dan mencabar Kit Siang supaya mengajak ibu bapa keturunan cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan demi mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu.

Bagaimanapun, Khalid sekali lagi mencelah dan mempersoalkan demikian: "Adakah dasar Satu Malaysia bertujuan menghakis jati diri atau identiti rakyat pelbagai kaum?"

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menghangatkan perbahasan apabila beliau menghuraikan betapa DAP mendahului konsep Satu Malaysia dengan mengemukakan barisan kepemimpinan pelbagai kaum.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009