AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, March 18, 2010

Ahli Parlimen Bebas Usah Datang Parlimen Selama Enam Bulan


KUALA LUMPUR 18 MAC: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta semua ahli parlimen yang menang pilihan raya atas tiket Pakatan Rakyat tetapi belot dan mengisyitihar diri sebagai ahli parlimen bebas, diminta tidak datang ke sidang Parlimen.

Beliau menyifatkan tindakan itu paling sesuai jika benar ahli parlimen sedemikian benar-benar tidak mengkhianati rakyat tanpa perlu menggadaikan kelayakan mereka untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kebanyakan ahli parlimen bebas dikatakan keberatan untuk meletak jawatan kerana terikat dengan Artikel 48(6) Perlembagaan yang menghalang mereka dari bertanding selama lima tahun jika mengosongkan kerusi.

"Jika seorang Ahli Parlimen letak jawatan, dia tidak boleh bertanding selama lima tahun. Ini adalah alasan yang diberikan oleh Ibrahim Ali. Itu alasannya sepanjang masa ini.

"Apa yang penting ialah artikel 52(1) yang menyatakan, jika seseorang ahli dewan rakyat tidak hadir selama enam bulan tanpa izin Speaker, kerusinya akan dikosongkan.

Artikel 48 dipinda Tun Mahathir Mohamad pada 1989 bagi menghalang ahli parlimen Semangat 46 dari meletak jawatan, seterusnya memaksa pilihan raya kecil pada masa itu. Namun, dalam artikel 52(1) ahli parlimen boleh bertanding semula tanpa perlu digantung selama 5 tahun.

Justeru, Karpal yang juga seorang peguam menyatakan, ketidakhadiran ahli parlimen yang melompat parti sebelum menjadi ahli bebas, membuka ruang kepada rakyat membuat pilihan sebenar mereka.

"Kami meminta ahli parlimen PKR yang keluar parti agar tidak datang ke Parlimen selama enam bulan supaya kerusi mereka dikosongkan dan mereka boleh bertanding semula dalam pilihan raya kecil.

"Ini merupakan jalan terbaik yang boleh dilakukan agar mereka yang mengkhianati kepercayaan pengundi kawasan mereka dengan menjadi mp bebas selepas menang dengan tiket PKR," katanya.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009