AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, March 10, 2010

'Jauhkan MEB daripada dirampas pelampau'

Pakatan Rakyat and Pemuda Gerakan mahu kerajaan mengeluarkan deraf Model Ekonomi Baru (MEB) pada kadar segera untuk tatapan umum sebelum pelan transformasi ekonomi itu 'dirampas' oleh kumpulan pelampau.

Ketua pembangkang, Lim Kit Siang yang menerajui desakan itu mahu jemaah Menteri menjadikan dokumen itu didedahkan kepada orang ramai dan rakyat dipelawa memberikan pandangan mereka.

Lim juga menggesa kabinet “agar tidak membenarkan kumpulan tidak bertanggung-jawab yang menentang konsep 1Malaysia” merampas dan memonopoli pembentukan MEB.

Beliau mengulas spekulasi bahawa MEB akan ditunda hingga Jun kerana bantahan daripada kumpulan bersayap kanan yang disifatkannya sebagai “neo-MEB Umnoputra”.

Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) sebelum ini secara terbuka menentang dasar liberasi kerajaan dan menuntut beberapa keistimewaan seperti yang diperuntukkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikekalkan dalam MEB.

Perkara itu diterajui oleh ahli parlimen bebas pro-BN, Ibrahim Ali yang menubuhkan Perkasa, bulan lalu untuk memperjuangkan isu berkenaan.

MPM kini dianggotai oleh 76 NGO Melayu.

Ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor, Mohd Rafizi Ramli sependapat dengan pandangan Lim.

"Mengapa Perkasa dan (bekas perdana menteri Dr) Mahathir (Mohamad) begitu penting sehingga Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan perlu tunduk kepada mereka? Jika proses rundingan sebegitu mustahak, mengapa pelampau ini perlu dirujuk?” soalnya.

"Jika timbul keperluan untuk berunding, mereka seharusnya merujuk kepada rakyat dan Pakatan, kerana kami menguasai beberapa negeri yang besar. Mereka sepatutnya berunding dengan ahli parlimen dan sektor industri.”

Rafizi melahirkan kebimbangan jika model itu dirangka dan dimuktamadkan secara tertutup, kerajaan mungkin berkompromi dengan tuntutan MPM itu.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009