AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, February 22, 2010

Kes Kugan: Hakim lawati balai polis Taipan

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini melawat Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, tempat di mana A Kugan ditahan sebelum dia meninggal dunia di balai polis itu.

Hakim Aslam Zainuddin, yang mendengar perbicaraan seorang konstabel didakwa menyebabkan kecederaan teruk terhadap Kugan, tiba di bilik di mana Kugan ditemui mati, pagi ini dengan diiringi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas dan peguam bela Datuk P.M. Nagarajan serta beberapa anggota polis.

Antara yang ditinjau ialah bilik soal siasat di mana seorang doktor menemui Kugan yang tidak sedarkan diri di balai polis berkenaan, tahun lalu.

Aslam melawat balai polis berkenaan selama setengah jam dalam usaha meninjau kawasan kejadian.

Bilik itu yang kini dibahagi kepada dua bahagian, yang satunya berukuran enam kaki x 12 kaki (1.8 meter x 3.6 meter), terletak di tingkat dua balai itu.

Ia dipisahkan oleh penghadang berukuran 10.15 sm, sejak Julai lalu, enam atau tujuh bulan selepas Kugan dijumpai terbunuh.

Sebuah daripada pejabat itu diduduki oleh Cif Inspektor Harun Abu Bakar.

Pada Khamis lalu, Abazafree memohon kepada mahkamah agar dapat melihat sendiri keadaan di mana mangsa ditemui.

Konstabel, V Navindran, 28, didakwa atas dua tuduhan yang mengakibatkan kecederaan parah ke atas Kugan, 23, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis di bilik soal siasat D9, balai polis Taipan antara jam 7 pagi hingga 4 petang pada 16 Jan tahun lalu.

Dia mengaku tidak bersalah pada 1 Okt lalu terhadap dua pertuduhan itu yang didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan, Navindran turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Kugan pada jam 7 pagi dan 4 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pada Jumaat lalu, saksi kedua pihak pendakwaa, Dr Baldev Singh Gill, 43, membuat pengakuan bahawa Navindran memintanya ke balai polis Taipan USJ di Subang Jaya, tempat Kugan disoal siasat berhubung kecurian sebuah kereta pada Jan 2009. Kugan dikatakan memerlukan rawatan.

Baldev Singh berkata apabila dia memeriksa nadi di leher dan tangan mangsa dia dapati tiada kesan denyutan.

"Saya kemudian menggunakan lampu suluh ke atas mata mangsa tetapi mendapati tiada tindakbalas dan saya juga menggunakan stethoscope untuk memeriksa degupan jantungnya tetapi juga gagal mengesan sebarang pernafasan,” katanya.

Aslam, tiba di balai polis Taipan pada jam 10.42 pagi dan disambut oleh pegawai bertugas Rodney Pasla Harris. Mereka menghabiskan masa 30 minit bagi meninjau bilik soal-siasat di mana Kugan dijumpai.

Wartawan juga dibenarkan melihat lokasi kejadian di mana bilik pintu kaca bilik berkenaan kini ditutup dengan kain hitam.

Bilik berkenaan sepatutnya dijadikan kawasan bagi anggota polis berehat tetapi kemudiannya ditukar menjadi bilik soal siasat.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009