AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, October 19, 2009

Zaid tumpu untuk daftarkan Pakatan Rakyat

SELAYANG, 19 Okt: Datuk Zaid Ibrahim hanya bercuti dari menyertai mesyuarat Biro Politik bukannya dari aktif dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Bendahari PKR, William Leong.

"Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk memberikan tumpuan kepada penubuhan Pakatan Rakyat secara formal," katanya dalam majlis Aidil Fitri PAS Bandar Tasik Puteri semalam.

Media melaporkan Zaid memohon cuti dari aktif dalam politik PKR. Padahal Zaid hanya memohon cuti selama enam bulan dari menyertai mesyuarat Biro Politik untuk memberikan tumpuan kepada kerja-kerja menambahbaik Pakatan Rakyat.

Melalui blognya, Zaid memaklumkan cuti ini. Namun ia telah disalah tafsir seolah-olah Zaid tidak mahu aktif dalam politik lagi.

Ia ditafsirkan begitu kerana Zaid membuat pengumuman ini selepas Pakatan Rakyat melalui PAS kalah teruk di Bagan Pinang. Serentak dengan itu pula, PKR mempunyai masalah kepimpinan di Sarawak dan Sabah. Zaid juga didakwa akan mengambilalih tapuk kepimpinan PKR jika sesuatu berlaku kepada Datuk Seri Anwar. Ini dinafikan oleh Zaid.

Menurut William, Zaid adalah anggota utama jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji poenubuhan Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah badan gabungan parti politik secara rasmi. Dua lagi anggota adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Image(Gambar:William memberikan duit raya untuk kanak-kanak dalam majlis Rumah Terbuka PAS Bandar Tasik Puteri)

Jawatankuasa ini ditubuhkan semasa retreat Pakatan Rakyat di sebuah hotel resort dekat Petaling Jaya sebelum ini.

Semasa pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad wan Omar mencadangkan agar PR didaftarkan secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN).

Namun, PAS dan rakan-rakannya dalam PR iaitu PKR dan DAP memberikan alasan, syarat jumlah parti untuk membentuk gabungan itu menghambat penubuhannya secara rasmi.

Namun, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan memberitahu, syarat itu tidak terpakai kepada parti politik kerana ia sudah bertaraf nasional. Yang diperlukan sejumlah badan terlibat untuk membentuk satu gabungan yang didaftarkan adalah pertubuhan-pertubuhan kecil.

Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak agar PR didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan dengan kadar segera.

Isyarat dari Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib bahawa pihaknya tidak bermasalah dengan cadangan itu memberikan satu sokongan moral yang besar untuk mendaftarkan PR secara rasmi dengan segera.

Akhbar Siasah melaporkan reaksi positif Harun Taib itu.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009