KUALA LUMPUR, 19 Okt: Kementerian Kesihatan digesa untuk tidak melupakan golongan berisiko tinggi dalam memberikan dos vaksin H1N1.
"Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah melaporkan di Dewan Rakyat, bahawa sejumlah 200,000 dos vaksin H1N1 telah diberikan kepada petugas barisan hadapan dalam menangani wabak ini.
"Menurut Menteri Kesihatan, pembelian fasa kedua ini juga akan turut diberikan kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada anggota kesihatan dan perubatan, polis dan imigresen.
"Meskipun pertimbangan telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan, namun Pemudawilayah mencadangkan agar vaksin ini turut diberikan kepada individu-individu yang berisiko tinggi terhadap jangkitan wabak ini seperti kanak-kanak berusia dibawah 5 tahun, individu yang berumur melebihi 65 tahun, wanita mengandung dan golongan dewasa serta kanak-kanak yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression),"jelasnya dalam satu kenyataan sebelum ini.
Tambahnya, pihak pemuda berharap agar sebahagian dari 400,000 dos vaksin yang akan tiba ini dapat dikongsikan kepada rakyat yang berisiko tinggi dan kurang peka dengan langkah-langkah pencegahan.
"Jika jumlahnya tidak mencukupi, pembelian fasa ketiga boleh dicadangkan mengikut kemampuan kewangan negara.
Sumber: Harakah Daily
0 comments:
Post a Comment