AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, August 21, 2009

Wakil rakyat PAS stabilkan kerajaan negeri Pulau Pinang

PERMATANG PASIR, 21 Ogos: Rakyat di Permatang Pasir perlu mengekalkan kerusi kawasan itu di tangan PAS bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri dan kepentingan umat Islam di negeri ini terjaga dengan baik.

Ini kerana, jika calon PAS kalah bermakna kepentingan umat Islam tidak akan diperjuangkan dengan baik kerana ia selama ini berjaya dibuat dengan baik oleh wakil rakyat PAS.

Azizan berkata, di Kedah kerajaan yang didominasi PAS ada seorang wakilnya dari DAP.

"Begitulah di Pulau Pinang, kita mahu ada wakil PAS dalam kerajaan yang didominasi DAP. Barulah seri,"katanya di majlis ceramah di Kampung Permatang Pasir malam tadi.

Azizan turut mengulas isu 'kehilangan' wakil rakyat Umno, dari DUN Kota Seputih.

Wakil Umno, Datuk Abu Hassan Shariff itu telah tidak hadir persidangan DUN dua kali dan tindakannya membuat speaker boleh memecatnya.

�Dia beri tahu kitapun tidak. Dia pi (pergi) manapun kita tidak tahu,� kata Azizan.

Tiba-tiba, katanya, bila isu kehilangannya heboh baru dia bagi tahu yang dia sakit dan tunjuk surat sakit.

"Tindakan dia macam perompak yang pergi merompak dan setelah dapat harta yang dirompak itu baru dia pergi minta maaf kepada tuan punya harta," kata Azizan.

"Macamnilah kerja buat orang Umno. Sebenarnya pemimpin-pemimpin mereka takut dengan pilihanraya kecil.�

Berdasarkan artikel 51 undang-undang tubuh kerajaan negeri Kedah, jika mana-mana wakil rakyat tidak hadir persidangan Dewan Undangan Negeri tanpa kebenaran speaker dua kali tempatnya hendaklah dikosongkan.

Azizan juga turut membentang apa tindakan dan perancangan kerajaan PR Kedah demi kesejahteraan rakyatnya.

Timbalan Menteri dihalang ceramah

Sementara itu, ratusan penyokong calon PAS dari kaum Cina dan India tidak puas hati dengan sikap polis yang mengarah penceramah jemputan, Timbalan Ketua Menteri (2) Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy agar tidak berucap di majlis ceramah itu.

Mereka adalah diantara ribuan pendengar yang hadir awal-awal untuk mendengar isu-isu terkini khususnya kemelut penduduk perkampungan Buah Pala yang hangat diperkatakan dan juga isu kematian setiausaha politik ahli exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Ramai penyokong PAS itu datang dari pekan Penanti, Samagagah dan Lorong Cross berhampiran Bukit Mertam.

Di kawasan majlis ceramah itu tidak ada penduduk Cina atau India tetapi mereka sanggup datang untuk memberi sokongan padu kepada calon PAS, Ustaz Salleh Man.

Walaupun hujan, orang ramai tidak berganjak dari kawasan itu malah kehadiran mereka membuktikan sokongan padu dari pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat pelbagai kaum di Permatang Pasir tetap utuh.

Lebih 20 anggota polis berpakaian biasa telah meluru ke pentas ketika pengacara majlis menjemput Ramasamy untuk berucap. Ketika itulah polis naik ke pentas berjumpa beliau (Ramasamy) agar tidak berceramah kerana namanya tidak ada dalam senarai penceramah.

Atas sikap seorang profesional, Ramasamy akur kehendak polis walaupun penonton tidak puas hati dengan arahan seperti itu.

�Sampai Timbalan Ketua Menteripun tak boleh berucapkah? Bagilah peluang. Awat depa (mereka) ingat menteri-menteri UMNO/BN berucap dalam majlis depa (BN) semuanya ada permit?� keluh seorang pendengar.

Tambah seorang lagi penyokong Cina, �Ini macam tarak (tidak) baik. Gua (saya) datang dari Samagagah (Pekan Permatang Pauh yang juga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir) mau dengar Ramasamy cakap.�

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009