AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, August 21, 2009

AMK Kota Raja Mengucapkan Tahniah Kepada Dato' Sheikh Ahmad Bin Hj Sheikh Sadarudin

Alhamdulillah... Akhirnya Dato' Sheikh Ahmad Bin Hj Sheikh Sadarudin, 57 tahun, menyertai Parti KEADILAN Rakyat selepas hampir setahun saya menceritakan kebaikan KEADILAN kepada beliau. Beliau menyerahkan sendiri borang KEADILAN kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang.

Dato' Sheikh telah tinggal selama 40 tahun di Klang dan aktif bersama politik UMNO selama 27 tahun. Beliau sangat berpengaruh di Klang, dimana beliau mempunyai pengikut yang ramai dari golongan muda kerana beliau sentiasa membahasakan diri beliau dengan panggilan abang apabila bercakap dengan orang-orang muda. Beliau juga disayangi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat.

Antara sebab beliau ingin menyertai PKR adalah:
  • Beliau merasakan PKR dekat di hati dan sesuai dengan perjuangan politik beliau selama ini.
  • PKR merupakan parti masa depan kerana pada masa ini PKR didokong oleh ramai anak muda.
  • PKR sebenarnya adalah parti yang melaungkan perpaduan dengan cara menyatukan semua kaum di Malaysia di dalam satu parti tanpa mengenepikan Perlembagaan Malaysia. Ini termaktub dalam perlembagaan parti iaitu;

Parti KEADILAN Rakyat adalah sebuah parti politik yang berjuang membentuk sebuah masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Matlamat dan asas perjuangan politik Parti KEADILAN Rakyat termaktub di dalam 17 perkara di bawah :
  1. Membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu;

  2. Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuhkan Demokrasi Berparlimen dan menyokong hak dan kuasa rakyat, serentak dengan usaha berterusan untuk meningkatkan rangka politik negara sesuai dengan harapan dan kepentingan rakyat;

  3. Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang, media dan kehakiman yang bebas serta institusi keselamatan yang mendaulatkan prinsip-pinsip professionalisme;

  4. Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan untuk semua;

  5. Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk meperkembangkan peranan agama dan nilai-nila sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhak, kemanusiaan dan kemuliaan insan;

  6. Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sambil menjamin hak semua warganegara mengguna, mempelajari dan dididik dalam bahasa-bahasa lain; dan menyemai pembangunan kebudayaan dan kesenian Islam berasaskan unsur-unsur penting warisan kebudayaan yang ada di negara ini;

  7. Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan;

  8. Memperkasakan kemuliaan insan, nilai-nilai keinsanan dan budaya penyayang, mendaulatkan hak asasi manusia, dengan komitmen teguh terhadap prinsip kewibawaan dan akauntabiliti dalam bidang-bidang ekonomi, politik dan pentadbiran;

  9. Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik, yang mementingkan pertumbuhan dan juga pengagihan yang saksama, yang bebas daripada ketidakadilan, yang tidak bertepatan dan pembaziran, sambil mengatasi kemiskinan dan mencegah kekayaan tertumpu pada satu-satu pihak;

  10. Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir, dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, ke arah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional;

  11. Memberikan kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan kenderaan awam pada kos berpatutan sesuai dengan tanggungjawab sosial kerajaan, terutamanya buat kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana;

  12. Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja, gaji yang saksama, keselamatan di tempat kerja dan kualiti kehidupan untuk semua;

  13. Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat, menyemai dan melindungi hak-hak dan kepentingan mereka dan menjamin yang mereka dapat menikmati status sama rata dan tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi;

  14. Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka dan menjamin penglibatan bermakna belia dalam segala lapangan kehidupan;

  15. Membaiki mutu kehidupan Orang Asal sambil menghormati adat resam mereka, melaksanakan program pembangunan yang sesuai menerusi perundingan dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat mereka;

  16. Melindungi alam sekitar daripada kerosakan, mengelakkan pencemaran sambil meningkatkan kualiti alam sekitar dan memastikan pembangunan bersifat lestari;

  17. Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretika, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan umat manusia, dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia.
Ini bermakna PKR tetap menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak digunakan semata-mata untuk meningkatkan status sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terpinggir dan keperluan yang saksama dibuat untuk golongan miskin dan terpinggir bukan Melayu dan bukan Bumiputera, ke arah mencapai keadilan untuk perpaduan nasional.

Dato' Sheikh yang saya kenal... walaupun berpangkat Dato', beliau sangat low profile... Amat disenangi oleh masyarakat di Klang. Satu lagi tamparan hebat kepada UMNO di Selangor.

Lagi UMNO laungkan Anwar Pengkhianat, lagi ramai orang UMNO akan keluar UMNO.

Sebenarnya saya ada ramai lagi senarai orang-orang UMNO terutamanya UMNO Bahagian Kota Raja dan Klang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam UMNO yang akan menyertai KEADILAN. Kebanyakan mereka telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO sekarang.

Kemasukan Dato' Sheikh di dalam Parti KEADILAN Rakyat Cabang Klang akan menguatkan lagi KEADILAN di Selangor.

Reformasi Dato' Sheikh... Semoga bulan Ramadhan ini akan menguatkan lagi semangat kami untuk menjadi agen perubahan kepada landskap politik Malaysia.











Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Kota Raja
Exco AMK Selangor
Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Klang

10 comments:

Unknown on August 22, 2009 at 12:29 AM said...

Selamat berpuasa dari ijoks2009,semoga amalan kita tahun ini diterima oleh Allah dan dipanjangkan umur kita agar dapat berpuasa kembali tahun hadapan.Amin..

Anonymous said...

klu betul pkr tu baik knp ada adun pkr klr dan klu bn tu baik knp ada adun bn klr.
Ni politik semuanya tahi, org melayu klu berpolitik memang mcm tahi.
Baik tumpukan perhatian pada agama dan ekonomi.

Anonymous said...

Saya tidak faham kenapa saudara, walau pun dari Kota Raja tidak tahu/kenal betul dengan Shiekh Ahmad ini? Beliau kalah dalam pemilihan sebagai Ketua UMNO kelang setelah entah berapa ratus ribu habis. Memang beliau terkenal dikelang. Big spender, big gangster etc. Setelah kekalahan beliau barulah beliau sedar rupanya banyak orang yang tersenyum didepannya sebetulnya tak suka padanya.
Dan beliau ini opportunis. Anda tidak menulis tentang projek-projek beliau?
Kembali kepada sifat opportunistik beliau. Atas sifat itulah beliau selarikan 'aliran' beliau terhadap 'aliran perdana' selangor i.e. PR. Malang sungguh PKR, main gagau sahaja. Tidak kah Anwar belajar dari kesilapan memilih Badrul Hisham sebagai ADUN P Kelang? Tanpa kaji latar belakang dan prestasi? Lihat DAP. Setidak-tidaknya mereka berfikir panjang juga untuk menerima Chua Soi Lek.
Perbuatan semacam inilah yang sekarang sedikit-sedikit mengikis ketebalan sokongan anggota muda selangor untuk 'memangkah' PKR.

Unknown on July 17, 2016 at 10:58 PM said...

Inilah pemaju yg menipu pembelian rumah sy dan ramai lg aggota tentera yg ditipu olehnya

Unknown on July 17, 2016 at 10:58 PM said...

Inilah pemaju yg menipu pembelian rumah sy dan ramai lg aggota tentera yg ditipu olehnya

Anonymous said...

Tuan,
Blh huraikan lagi tentang dato tersebut?
Bagaimana dgn istana yg trrsergam indah di Teluk Gong?

Anonymous said...

Boleh bagi detail tak pasal pemaju tu

yanmaneee on December 26, 2020 at 8:54 PM said...

kyrie shoes
yeezy boost 350 v2
jordan 11
nike epic react
longchamp
jordan 13
kyrie 7 shoes
yeezy 350
golden goose sneakers
golden goose sneakers

Unknown on January 27, 2021 at 10:23 PM said...

syeikhmah development syarikat dato penipu ni..sy antara tertipu dgn dato ni..ckp trpedaya dgn promosi projek perumahan dia nia..boleh buat mark up loan tapi dia x bayar pun..semoga allah menjahanam kan dia dan seluruh keluarga dia

Unknown on January 27, 2021 at 10:25 PM said...

dato ni ramai dh menipu orang saya nasihatkan kepada penjawat awam supaya jangan tertipu pada dia ni..kalau urusan jual beli rumah..dia memang celaka

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009