AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, August 13, 2009

Tinjauan KDN Dicemar Pengundi Hantu?



Sebaik sahaja Kementerian Dalam Negeri (KDN) menaikkan tinjauan atas talian menyukat peratusan sokongan kepada Akta Keselamantan Dalam Negeri (ISA), 91 peratus rakyat mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut.

Menuju hari-hari terakhir sebelum tinjauan ini diturunkan dari laman sesewang kementerian itu, secara tiba-tiba ada peningkatan 17,000 undi ‘misteri’ menyokong akta tersebut.

Dalam masa dua hari sahaja, telah wujud satu anjakan drastik, dan lonjakan ini menimbulkan seribu tanda-tanya, dari mana datangnya 17,000 undi ‘misteri’ ini?

Kementerian Dalam Negeri menafikan sebarang campurtangan dalam tinjauan ini. Rakyat bagaimanapun tidak berpuas hati.

Dimana ‘penyokong-penyokong’ ISA ini menyorok selama ini? Lebih dari itu, mengapa ‘mereka’ secara konsisten hanya menjawab dua dari empat soalan tinjauan?

Bagi soalan pertama, peratusan yang mahu ISA dimansuhkan corot kepada 16,077 peserta (51 peratus) manakala 15,590 (49 peratus) mahu akta ini diteruskan dengan pindaan.

Manakala bagi soalan kedua, 14,807 (50 peratus) berkata ISA relevan manakala 14,628 (49 peratus) berkata ISA adalah akta kuku besi.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009