Arkib Blog

Thursday, August 13, 2009

Pakatan Rakyat Selangor Usul Pengasingan Kuasa



Pakatan Rakyat di negeri Selangor menyerlahkan komitmen mendokong sistem demokrasi apabila mengusulkan pengasingan kuasa legislatif dari esekutif sepenuhnya.

Kuasa legislatif atau perundangan ialah majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk menggubal, meminda dan meratifikasikan undang-undang.

Selain daripada menggubal undang-undang, badan legislafif biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran legislatif juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.

Kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengasingkan kedua- dua kuasa ini bakal memperlihatkan amalan demokrasi yang hakiki tanpa sebarang pertindihan kuasa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah berpendapat keputusan kerajaan negeri mengusulkan cadangan itu jelas membezakan pegangan Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan mentaliti pimpinan UMNO Barisan Nasional yang mencampuradukkan kedua- dua kuasa berkenaan.

"Ini bermaksud keputusan- keputusan DUN itu bukan dibawah pentadbiran kerajaan negeri, tapi dialihkan kepada satu badan bebas, satu suruhanjaya yang akan diketuai oleh tuan Speaker dan semua keputusan daripada pengurusan akan dibuat disana. Bermakna kebebasan institusi DUN itu daripada pengurusan kerajaan negeri," kata Sivarasa. Corak pemerintahan parti pemerintah kini dilihat sering terbabas mencampuradukkan legislatif dan esekutif sehingga menimbulkan huru- hara yang parah.

7 Mei lalu Dewan Undangan Negeri Perak menyaksikan kecelaruan kuasa apabila polis dan pegawai-pegawai dewan dibawah telunjuk Ketua Setiausaha Negeri mencemarkan kemuliaan dewan dengan menceroboh masuk dan mengheret speaker Pakatan Rakyat V. Sivakumar.

Insiden yang memalukan ini jelas membuktikan kerapuhan pegangan UMNO Barisan Nasional mendokong demokrasi.

Sivarasa berkata, pengasingan kuasa yang diusulkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah kritikal kepada pembentukan kerajaan demokratik dan perlu bagi mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.

"Ini amalan di semua parlimen di negara yang demokratik. Amalan yang kukuhkan pengasingan kuasa diantara pihak yang membuat undnag- undang dan pihak yang mentadbir dan memerintah dan ini akan mengukuhkan amalan demokrasi di negeri ini. Cadangan yang baik yang menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat Selangor mengukuhkan amalan demokrasi negara," tambah beliau.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009