SHAH ALAM, 9 Ogos – Kerajaan Selangor hari ini mengalu-alukan tindakan kerajaan pusat apabila mereka bersedia untuk melanjutkan tarikh rundingan mengenai pembelian aset empat syarikat konsesi air di negeri ini yang tamat pada 30 Jun lalu.
Menerusi kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar tempatan, New Straits Times, 4 Ogos 2009 lalu menyatakan pentingnya proses rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor dibuat secepat mungkin.
Sehubungan itu, kerajaan negeri menyokong penuh pandangan tersebut demi kepentingan rakyat terjamin berikutan rundingan tersebut sudah berjalan sejak Jun lalu sehingga kini.
Sementara itu, kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk memberi tawaran harga baharu yang lebih tinggi kepada syarikat konsesi perkhidmatan air kerana tindakan ini mungkin mengakibatkan peningkatan kadar tarif air secara mendadak.
Ini berikutan tawaran pada Jun lalu sudahpun meningkat berbanding Februari tahun yang sama dengan mengambil kira aspek modal dan risiko yang ditanggung pemegang konsesi terbabit.
Sekiranya kerajaan pusat sanggup menawarkan harga lebih tertinggi berbanding yang ditawarkan kerajaan negeri, kelak membebankan rakyat apabila berlaku kenaikan tarif air selain cukai sedia ada pada masa hadapan.
Sumber: Selangorkini
0 comments:
Post a Comment