AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, August 9, 2009

Kes Teoh: Pakar siasat kesan darah

Kumpulan pakar forensik dan peguam akan meninjau kembali kesan darah di tingkat 15 Plaza Masalam bagi menentukan sama ada ia milik manusia dalam siasatan inkues kematian Teoh Beng Hock.

NONEKesan darah itu ditemui Jumaat lalu oleh peguam Teoh dan koroner Azmil Muntapha Abas sewaktu kunjungan mereka ke tempat kejadian, termasuk tingkat 14 yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dan tempat mendiang ditemui di koridor tingkat 5 bangunan tersebut.

Kesan darah ini membuka pertanyaan baru kerana ia tidak pernah berbangkit atau dilaporkan sebelumnya.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawat keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dibenarkan turut melihat tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," Lim dipetik berkata.

Prosiding ditangguh hingga esok

Berikutan itu, prosiding inkues hari ini ditangguhkan bagi membolehkan pakar patologi dan forensik memeriksa dua kesan tompokan yang dipercayai darah itu.

Koroner membenarkan permohonan itu setelah peguam pemerhati Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, memaklumkan mahkamah bahawa kedua-dua kesan itu ditemui semasa koroner melakukan tinjauan tempat kejadian Jumaat lalu, lapor Bernama.

NONEBeliau mengarahkan supaya keputusan sama ada tompokan itu adalah darah, dan jika ia adalah darah si mati, dikemukakan kepada prosiding inkues esok pagi.

Pengambilan sampel tompokan itu akan dibuat hari ini juga dengan kehadiran Gobind, peguam Tan Hock Chuan, bagi pihak kerajaan dan Malik Imtiaz Sarwar, bagi pihak kerajaan Selangor.

Terdahulu dalam prosiding itu, Gobind memberitahu, selain kesan tompokan dipercayai darah itu, mereka juga telah menemui kesan yang mencurigakan di dalam pejabat SPRM.

"Perkara ini telah dibawa kepada perhatian pegawai penyiasat dan kami telah meminta supaya kawasan tersebut dikawal tetapi sehingga hari ini masih belum ada pemeriksaan dilakukan ke atas kesan-kesan tersebut.

"Kami berpendapat perkara ini cukup penting dan oleh itu pakar DNA dan pakar forensik perlu mengambil spesimen kesan-kesan ini untuk menentukan sama ada ia adalah kesan darah, dan jika ia adalah darah, sama ada ia darah si mati," katanya.

Tiada bantahan

Gobind seterusnya memohon mahkamah supaya mengarahkan ahli kimia Dr Seah Lay Hong untuk pergi ke tempat kejadian pagi ini juga bagi melakukan pemeriksaan tersebut.

Peguam Malik Imtiaz turut menyokong permohonan itu sementara Tan tidak membantah supaya pemeriksaan itu dilakukan.

"Bagi tujuan keadilan, maka pihak kami tidak membantah permohonan ini. Kami juga ingin memberi peluang kepada pakar untuk menentukan sama ada kesan-kesan tersebut adalah darah manusia atau tidak, dan jika ya, kita beri peluang kepada pakar untuk tentukan sama ada ia adalah darah si mati," kata Tan.

Tan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak polis telah pun mengawal tempat penemuan kesan tompokan itu berikutan surat yang diterima daripada Malik Imtiaz lewat Jumaat lalu yang meminta supaya tempat tersebut dikawal.

Kepada soalan koroner sama ada keputusan pemeriksaan itu boleh diperolehi hari ini, Tan menjawab: "Mahkamah boleh mendapatkan keputusan ujian itu pagi esok."

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima plaza tersebut, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Teoh itu bersambung esok.

Sumber: malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009