![]() |
Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan siasatan terbuka mendedahkan penyelewengan dana oleh kerajaan negeri yang lalu. Jawatankuasa ini juga akan menyiasat penggunaan dana adun-adun Pakatan Rakyat bermula dari tahun lepas hingga ke suku tahun pertama 2009. Siasatan yang dibuat akan dilaksana secara terbuka dan dipengerusikan oleh Speaker Teng Chang Khim bermula 8 September hingga 11 September, dan 15 September di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Turut dipanggil adalah saksi-saksi dari kalangan pegawai-pegawai daerah di semua daerah di Selangor untuk diambil keterangan berkenaan penggunaan dana oleh para Adun. Juga disiasat adalah dakwaan bahawa adun-adun BN telah menghabiskan semua peruntukan kerajaan negeri dalam masa tiga bulan sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-12. Hasil siasatan sebelum ini mendapati 203 permohonan untuk peruntukan diluluskan dalam masa satu hari sahaja, bahkan wang yang diagihkan itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan pada 13 Februari. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Friday, August 28, 2009
Selcat Akan Bersidang Siasat Adun BN dan Pakatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






















0 comments:
Post a Comment