AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, August 28, 2009

Permohonan Anwar Gugur Pendakwaraya Di Tetapkan 1 Ogos



Mahkamah Tinggi menetapkan Selasa hadapan untuk mendengar penghujahan pasukan peguambela menggugurkan semua anggota pasukan pendakwaraya dalam kes Anwar Ibrahim II.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan 1 Ogos ini selepas mendengar penghujahan awal di kamarnya dari peguam Sivarasa Rasiah.

Anwar memfailkan permohonan mengugurkan kesemua anggota pendakwaraya selepas mereka didapati berat-sebelah dan prejudis dalam pendakwaan mereka.

Ini termasuk berada dibawah telunjuk Peguam Negara Gani Patail yang dituduh memalsukan bukti dalam perbicaraan Anwar sebelum ini, serta menyelindung bukti dalam perbicaraan ini.

Pendakwaraya See Mee Chun berkata pihaknya akan membantah permohonan ini.

Sumber: tvantara.com


0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009