AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, August 16, 2009

Jangan Terlalu Selesa- Lim Guan Eng



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengingatkan seluruh jentera Pakatan Rakyat supaya tidak memandang rendah pihak lawan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang akan diadakan pada 25 ogos nanti.

Beliau berkata, Pakatan perlu bekerja dengan lebih keras dan jangan sesekali masuk ke perangkap pihak lawan.

Andaian Pakatan Rakyat mempunyai majoriti besar dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas bukan bermakna parti itu harus merasa selesa tetapi sebaliknya harus menggandakan usaha untuk mengekalkan DUN N11 Permatang Pasir.

Bercakap tentang kempen pilihan raya kecil itu, Lim berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan kempen secara menyeluruh, iaitu dengan mengadakan ceramah atau mengadakan kempen dari rumah ke rumah atau menggabungkan kedua-duanya sekali.

Tambah beliau lagi, perkara yang paling penting ialah kerjasama dan kesepakatan yang padu dalam komponen Pakatan Rakyat bagi membolehkan parti tersebut kekal di kerusi Permatang Pasir serta tidak mengulangi kemenangan tipis di Manek Urai.

"Kita akan adakan kempen secara menyeluruh" kata Lim.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009