Pas hari ini mengumumkan bahawa isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Selangor hanya boleh diputuskan kerajaan negeri. Setiausaha Agung Mustafa Ali berkata parti aliran Islam itu yakin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mampu menangani isu ini secara berhemah meliputi keprihatinan semua pihak. "Kami di peringkat jawatankuasa kerja pusat yakin perkara ini dalam diselesaikan oleh kerajaan negeri. Pas yakin Menteri Besar Khalid Ibrahim dapat menangani permasalahan ini dengan bijaksana," tegas Mustafa. Mengenai tuntutan Exco Hassan Ali supaya Exco Ronnie Liu meletakkan jawatan, Mustafa berkata isu ini tidak berbangkit. Beliau turut menambah perbezaan pendapat adalah perkara biasa yang hanya dapat diatasi dengan kebijaksanaan dan kematangan. "Dari sudut pandangan Islam, tiada ada pengharaman secara meluas (blanket ban) keatas penjualan alkohol," kata Mustafa. Sementara itu, Pas Selangor akan menganjurkan protes seluruh negeri membantah penjualan arak di kawasan majoriti Islam di negeri itu. Ketua Penerangan Pas Selangor Roslan Shahrir berkata protes ini boleh dijalankan walaupun parti aliran Islam itu adalah komponen Pakatan Rakyat. "Bantahan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti mengangkut sepanduk atau mengedarkan risalah, dan tidak semestinya dalam bentuk tunjuk perasaan," kata Roslan. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Thursday, August 6, 2009
Isu Arak: Kerajaan Negeri Mampu Selesaikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment