AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, August 6, 2009

Catatan Selepas XPDC Royalty Minyak

Tepat jam 12:00 pagi 5hb. Ogos, 2009, kami bertolak pulang menuju ke jeti Pengkalan Kubor. hajatnya nak bermalam je dekat tengah laut tu bercahayakan api dari Pelantar Gas dekat depan kami dan cadangnya nak tunggu masa terbaik iaitu lepas subuh.

Dalam kepala kami, mesti cantik kalau dapat ambik gambar Pelantar Gas berlatar belakangkan cahaya matahari yang sedang naik digigi laut. tapi apakan daya, pihak Maritim maklumkan kami bahawa kami tidak dibenarkan berada lama disana atas faktor keselamatan.
Keselamatan diutamakan. walaupun agak kecewa sebab tak dapat ambik shot terbaik Pelantar Minyak berlatar belakangkan cahaya matahari yang sedang naik, tapi hati kami puas sepuas puasnya sebab misi kami berjaya. kami dah lihat dengan mata kepala kami sendiri kebenaran apa yang dicanangkan oleh Kerajaan Kelantan dan dinafikan oleh beberapa pihak.

Para pimpinan UMNO/BN patut berasa malu kepada para peserta XPDC yang sanggup meredah lautan menghadapi bahaya gelombang, menghadapi mabuk laut kerana pertama kali turun kelaut (aku terkecuali la sebab laut tu dah jadi macam rumah ke-2 aku... hahaha...).

Mereka-mereka ini jauh lebih kerdil dari para pemimpin yang ada dalam Kerajaan UMNO/BN tetapi jiwa mereka besar. mereka tidak buta-buta percaya apa yang dikatakan oleh ke 2-2 pihak sebaliknya mereka lebih jujur dalam mencari kebenaran.

Tahniah kepada semua yang turut serta dalam XPDC ini. anda telah melakar sejarah antara rakyat Malaysia yang bernasib baik dan berpeluang melihat sendiri apa yang Malaysia miliki. mata anda menjadi saksi yang melihat dan bukan sekadar tahu melalui pembacaan dan "cerita-cerita orang".

Pihak yang berkenaan baik Petronas mahupun Kerajaan Pusat WAJIB bertanggung jawab dalam hal pembayaran royalty minyak kepada negeri-negeri yang dikaut hasil buminya. jangan dinafikan hak rakyat Kelantan atau mana-mana negeri yang berkenaan kerana itu adalah hak mereka.

Bila aku fikir-fikirkan, tidak salah kalau dikatakan bahawa Kerajaan Pusat terlalu rakus dan tamak. kenapa mesti dinafikan hak rakyat Kelantan..? rakyat kelantan hanya mahu 5% sahaja dari hasil buminya dan selebihnya sebanyak 95% diserahkan kepada Petronas atau Kerajaan Pusat tanpa banyak soal... kalau hasil keseluruhannya ialah RM100, Kelantan hanya meminta RM5 SAHAJA..! kenapa jumlah yang sekecil itupun seboleh-bolehnya cuba dinafikan..?

Keterlaluankah kalau dikatakan bahawa pihak yang terlibat dalam hal ini "TAMAK"..?

Katanya UMNO itu memperjuangkan hak orang melayu... adakah lebih 90% rakyat Kelantan ini bukan melayu..? Najib sendiri pada bulan lepas mengatakan bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menganak tirikan negeri Kelantan tetapi kenapa mesti menafikan hak rakyat Kelantan yang majoritinya dalah melayu..?

Apakah termaktub dalam perlembagaan bahawa melayu itu adalah UMNO dan UMNO itu adalah melayu..? kalau begitu, adakah 100% rakyat Kelantan adalah orang PAS dan adakah tidak pernah selama ini UMNO wujud di kelantan..? Tok Pa, Awang Adek, Annuar Musa, Ku Li dan yang lain-lain itu apa bangsanya..?

Kalau begitu kenapa tak diubah sahaja dalam Perlembagaan Malaysia dan wujudkan sahaja "Bangsa Kelantan" supaya hak melayu Kelantan tidak dapat dipersoalkan oleh rakyat Kelantan..!

Paling-paling tak dapat diterima akal ialah bilamana Tok Pa, seorang anak Kelantan dan juga Ahli Parlimen Jeli (1-1nya kawasan Parlimen yang tiada lampu isyarat..!) menafikan bahawa Kelantan mempunyai hak keatas hasil Gas tersebut... bila Pakatan Rakyat mengadakan demo membantah akta ISA yang zalim, ada pimpinan Pakatan rakyat dituduh sebagai pembelot... tapi bagaimana pula kedudukan Tok Pa dalam hal royalti minyak Kelantan..?

Tidak belotkah Tok Pa pada rakyat tumpah darahnya sendiri..? anda dipilih oleh rakyat kawasan anda untuk memperjuangkan dan berbakti kepada rakyat kawasan anda yang berada dalam salah 1 kawasan Parlimen di Kelantan tetapi anda telah menafikan hak mereka.pemimpin jenama apakah itu..?

Harap PRU-13 nanti rakyat kawasan yang bakal ditandingi oleh Tok Pa akan menolak Tok Pa kerana tidak ada Parlimen atau DUN di Kelantan yang memerlukan seorang pembelot sebagai wakil rakyatnya. kita tak perlu pembelot dalam negeri ini.

Hati aku panas bila teringat dekat Tok Pa tapi nasib baik Ku Li dapat sejukkan hati aku... walaupun Ku Li juga datang dari UMNO, tapi ternyata Ku Li leboh rasional dan layak berada di tempatnya berbanding pimpinan UNO yang lain... tapi aku heran, kenapa orang yang macam ni lah yang lebih-lebih dahulu dijatuhkan didalam UMNO..?

Sekarang aku tak heran lagi sebab makin jelas dan terang, Rakyat Malaysia tak perlukan pemimpin yang tidak bekerja untuk rakyat dan sebaliknya UMNO pula tak perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat.

nafikan hak rakyat dan anda layak untuk menduduki carta teratas pimpinan UMNO atau paling tidak pun bakal pemimpin didalam UNMO..!

Dah la... jangan sebut lagi UMNO sebagai pejuang dan pembela melayu di Malaysia. makin benci aku dengan UMNO ni. aku tak kan bagi peluang lagi untuk UMNO. CUKUP..!

Aku nak upload gambar-gambar XPDC lagi lepas ni... sabar...

Sumber: Perisik Rakyat

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009