AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, July 10, 2009

Pelajar UNISEL mahu Rosmah undur

Bestari Jaya, Seluruh pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bertepuk menyatakan persetujuan apabila salah seorang daripada pelajar mereka mengajukan cadangan untuk menukar Canselor mereka sekarang, Datin Paduka Rosmah Mansor.

rosmah-unisel

Cadangan tersebut dibangkitkan pada “Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim” anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) di UNISEL kampus Bestari Jaya malam tadi. Susulan daripada cadangan itu, Dato’ Seri Anwar yang diajukan soalan, meminta pelajar-pelajar yang ingin Datin Paduka Rosmah Mansor kekal sebagai Canselor UNiSEL untuk mengangkat tangan. Keseluruhan daripada lebih 2,000 pelajar yang hadir, cuma seorang sahaja yang mengangkat tangan.

pidato-dsai-unisel-0056

Dato’ Seri Anwar Ibrahim kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Canselor UNISEL diganti untuk mengangkat tangan. Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka.

dsc036991

Datin Paduka Rosmah Mansor sekarang hangat diperkatakan bila siri-siri video berjudul “Perempuan Puaka” disebarkan secara berleluasa melalui laman Youtube yang memaparkan wawancara ekslusif bersama saudara mara terdekatnya, serta jiran tetangga berkaitan perilakunya. Beliau kini kerap dikaitkan oleh rakyat dan media luar negara dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam program UNISEL itu juga, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan betapa pentingnya wacana segar digalakkan di kalangan mahasiswa tanpa perlu sekatan dan konkongan dari mana-mana pihak. Buat pertama kalinya pidato beliau disertakan dengan “whiteboard” untuk beliau berkongsi nama-nama penulis dan pemikir terkenal bagi tujuan pembacaan lanjut para pelajar.

pidato-dsai-unisel-0051

Beliau juga menekankan tentang peri bahayanya terdapat Golongan Profesional seperti para Professor di Universiti tempatan yang gentar memberi teguran dan pandangan akademik terhadap pihak pemerintah demi untuk menjaga kedudukan dan periuk nasi mereka.

Program yang bermula pada pukul 9 malam itu tamat pada pukul 10.45 malam selepas diakhiri dengan program soal-jawab antara pelajar dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: anwaribrahimclub.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009