AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, July 14, 2009

MB Selangor Bincang Dengan Mufti Berhubung Penggunaan Dana Baitul Mal

Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta pandangan Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid sama ada kerajan negeri boleh menggunakan dana Baitul Mal untuk tujuan pembangunan.

Beliau berkata, mungkin dana dari Baitul Mal ini boleh digunakan bagi membina prasarana seperti jambatan ketiga merentasi Sungai Klang untuk kebaikan semua.

Beliau juga akan berbincang dengan Mufti sama ada orang bukan islam boleh diminta membayar zakat pembangunan.

“Orang bukan Islam turut boleh bayar zakat, sebabnya itu zakat pembangunan, bagaimanapun saya akan berbincang perkara ini dengan Mufti terlebih dahulu.

“Bagaimanapun dalam zaman kajian saya, ia tidak memberi masalah…bayaran cukai akan dimasukkan ke dalam Baitul mal termasuk bukan Islam,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas sesi penggulungan perbahasan Perbelanjaan Tambahan 2009 bernilai RM120 juta pada persidangan Dewan Negeri, hari ini.

Beliau mendakwa, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri tahun lepas, kerajaan Selangor tidak menerima peruntukan daripada kerajaan pusat.

Ia berbeza sewaktu pentadbiran kerajaan barisan nasional yang menerima peruntukan antara 300 hingga 500 juta ringgit setahun daripada kerajaan Pusat.

Menurutnya, Lembaga Zakat Selangor pada masa ini mengutip zakat pendapatan daripada pembayar cukai beragama Islam dan ia disalurkan ke Baitul Mal negeri untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan.

“Kerajaan Persekutuan dan Negeri bersetuju kalau orang yang bayar zakat kepada kerajaan persekutuan dan negeri ini akan dikira sebagai pembayaran cukai sekali….guna resit zakat itu sebagai untuk cukai beliau akan dibahagikan sebagai peruntukan di negeri Selangor,” katanya.

Di samping itu, Tan Sri Khalid meminta kerajaan Pusat menyalurkan terus peruntukan pembangunan seperti sebelum ini untuk tujuan pembangunan yang akan dipantau dan diaudit oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan Anggota Parlimen Wangsa Maju dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wee Choo Keong bahawa seorang Exco kerajaan negeri terlibat dalam aktiviti ‘gelap’ di Selangor.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat biro politik PKR bagi memastikan kebenaran dakwaan itu.ATIQAH YAACOB-TVSELANGOR

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009