AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, July 14, 2009

Hasan Ali:Penangguhan penyaluran peruntukan jejas pembangunan keagamaan Selangor

Pembangunan keagamaan di negeri Selangor hampir terjejas apabila kerajaan persekutuan menangguhkan penyaluran bantuan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Ali berkata, dana hampir 100 juta ringgit yang disalurkan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih belum diturunkan kepada kerajaan negeri.

“Peruntukan sudah turun sejak tahun lalu daripada Jabatan Perdana Menteri, namun tak masuk lagi peruntukan itu sehingga sekarang kepada tabung Jais, Mais.

“Guru-guru Kafa kini dibiayai penuh oleh kerajaan negeri, padahal sepatutnya ini tanggungjawab kerajaan pusat melalui Jakim untuk biayai sara hidup guru-guru Kafa ini,” katanya.

Katanya, pelbagai program yang telah dirancang akan terjejas, jika dana berkenaan tidak diperolehi.

Antaranya, rancangan menubuhkan Akademi Imam bagi membantu menjaga kebajikan imam-imam, meliputi kenaikan elaun dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Menurut beliau, kebanyakan imam di negeri ini seakan-akan terabai dari segi kebajikan mereka, walaupun mereka tidak pernah mendesak untuk mendapat ganjaran.

Beliau berkata, disebabkan penyaluran peruntukan yang masih ditahan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid telah mengarahkan agar beliau mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan dan memohon agar ia disalurkan secepat mungkin.

“Saya harap supaya guru-guru kafa, imam, pegawai penyelaras masjid daerah, semoga kerajaan persekutuan akan dapat salurkan dengan secepat mungkin dengan nama 1 Malaysia kerana untuk kebaikan bersama dan akan memujuk kerajaan persekutuan,” katanya.ATIQAH YAACOB-TVSELANGOR

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009