AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, July 15, 2009

Ketua Peguam Anwar uzur, hakim tolak permohonan lantik peguam baru



Sebagaimana yang dijangka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mula menunjukkan sikap berat sebelah dalam membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila enggan memberi peluang kepada beliau melantik ketua peguambela baru.

Anwar meminta diberikan sedikit masa untuk berbuat demikian setelah peguamnya Sulaiman Abdullah disahkan tidak dapat mengendalikan pembelaan beliau kerana uzur dan masih dirawat di hospital.

Hakim Mohamad Zabidin Diah menolak permohonan Anwar untuk diberi masa melantik seorang ketua peguambela baru yang berpengalaman bagi menggantikan Sulaiman. Mohamad Zaibin sebaliknya menetapkan kes itu harus di dengar mulai 2 petang hari ini.

Keputusan awal hakim itu mengejutkan pemerhati politik dan pengamal undang-undang kerana Artikel 5 Perlembangaan Persekutuan menetapkan bahawa setiap orang yang dituduh di mahkamah berhak memilih peguamnya sendiri.

"Sulaiman mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang ini. Hakim meminta peguam-peguam muda untuk meneruskan kes ini tanpa Sulaiman, sedangkan kami hanya membantu Sulaiman," kata Sankara Nair, salah seorang daripada peguam yang membantu Sulaiman.

Sulaiman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur 8 Julai lalu. Menurut Sankara, pihaknya memerlukan kira-kira dua minggu untuk mendapatkan pengganti dan memastikan beliau arif dengan fakta-fakta pertuduhan liwat itu.

"Sulaiman mempunyai pengalaman luas untuk menghuraikan kes ini dengan lebih baik berbanding dengan peguam-peguam lain dalam pasukan kitaa," tegas Sankara. Beliau menambah pihaknya akan memohon mahkamah supaya menimbang semula keputusan itu.

Sankara turut menuduh pihak pendakwaraya melengah-lengah proses keadilan bagi Anwar dengan enggan menyerahkan bukti-bukti yang diperlukan seperti laporan Hospital Pusrawi yang mendapati bahawa pengadu Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

"Pihak pendakwaraya kata kita boleh dapatkan laporan itu secara online. Ini jelas sekali cubaan untuk menggugat persedian kami. Jika mereka ikhlas mahu memulakan kes ini, bagaimanakah harus kita membuat persediaan tanpa dokumen-dokumen asas?" tegas Sankara.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009