Mahkamah hari ini menolak secara sah menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan peguam terbaik mengetuai pasukan pembelaan. Hakim Zabidin Md Diah menolak permohonan itu selepas pasukan pembelaan membuat permohonan rasmi di Mahkamah jam 2 petang tadi. Ketua pasukan pembelaan Sulaiman Abdullah terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman luas mengendalikan kes berprofil tinggi seperti kes Anwar Ibrahim. Di kamar mahkamah, peguambela Sivarasa Rasiah menegaskan Anwar berhak untuk mendapatkan peguam terbaik bagi membela dirinya seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Pihak pendakwaraya bagaimanapun berkata Anwar tidak sepatutnya diberi masa untuk mencari peguam pilihannya kerana kes ini adalah kes berkepentingan umum. Hakim Zabidin Md Diah menerima hujah tersebut dan meneruskan perbicaraan menuntut bukti dari pendakwaraya. Sementara itu, wartawan berkerumun di luar kamar mahkamah. Penuduh, Saiful Bukhari Azlan, masih belum kelihatan di dalam kamar. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Wednesday, July 15, 2009
Hakim Teruskan Kes Tuntut Bukti Tanpa Ketua Peguam Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment