AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, June 1, 2009

PKR Tambah Majoriti PRK Penanti



Parti Keadilan Rakyat mengekalkan kerusi DUN Penanti dengan majoriti lebih besar, meskipun berdepan pelbagai fitnah, dan taktik kotor untuk menafikan proses demokrasi.

Calon PKR, Mansor Othman mendapat majoriti 5,558 undi, berbanding 2,219 undi yand diperolehi oleh Mohammad Fairus Khairuddin pada pilihanraya umum yang lalu.

Kali ini, kesemua tiga calon bebas turut hilang wang deposit mereka. Barisan Nasional tidak bertanding setelah kalah pada kesemua empat pilihanraya kecil sejak Mac tahun lalu.

“Walaupun PKR berhadapan dengan fitnah jahat serta aparat kekuasaan yang berhasrat mengikis sokongan rakyat, namun segala usaha mereka (Umno) menemui jalan buntu,” kata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat,” kata Anwar. “Keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti,” tambah Anwar.

Umno-BN menggunakan pelbagai taktik kotor untuk cuba menggagalkan proses pilihan raya kecil Penanti.

Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin secara terbuka menggesa pengundi memulau pilihan raya kecil itu, satu kesalahan serius di bawah Akta Pilihan Raya. Anehnya tiada tindak balas daripada SPR.

Pengundi Penanti juga dipancing dengan percutian percuma ke Haadyai dan Padang Besar, siap dengan duit untuk membeli belah antara 500-1000 ringgit supaya mereka tidak mengundi.

Pengundi juga diumpan dengan pelbagai jamuan makan pada hari mengundi, supaya mereka alpa dan tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu polis sekali lagi digunakan untuk menekan pemimpin Pakatan Rakyat yang membangkitkan isu-isu kepentingan awam seperti pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan krisis demokrasi Perak.

Pemimpin-pemimpin seperti Lim Kit Siang, Gobalakrishnan dan Chegu Bard menjadi mangsa soalsiasat polis.

SPR pula dikerah untuk mengenakan pelbagai syarat dan kerenah birokrasi untuk menekan Pakatan Rakyat sehingga ada penyokong mereka tidak berpeluang mengundi.

Segala taktik BN-UMNO itu yang dibiayai dengan wang rakyat berjaya pada tahap tertentu.

Hanya 46.15 peratus daripada 15,384 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya Penanti, berbanding lebih 80 peratus pada pilihan raya umum lalu.

Namun taktik Umno-BN itu tidak berupaya mengekang hakikat bahawa rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat.

Mansor mendapat sokongan lebih 90 peratus daripada mereka yang keluar mengundi. Beliau meraih 6,052 undi manakala lawan terdekatnya, Nai Khan Ari mendapat 494 undi.

Aminah Abdullah yang menabur fitnah kononnya ditawar imbuhan oleh PKR untuk menarik diri cuma mendapat 392 undi manakala calon bebas ketiga Kamarul Ramizu Idris hanya mampu 56 undi.

Anwar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi Penanti kerana terus menyokong PKR.

“Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,” kata Anwar.

“Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi rakyat,” tambah Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pilihan raya kecil itu adalah satu kejayaan atas Umno-BN yang cuba menghasut rakyat untuk memulaukannya.

“Kemenangan Mansor Othman menunjukkan bahawa memang sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tak pudar dan masih berkembang.

“Sungguhpun ada usaha tertentu untuk memboikot tetapi majoriti yang cukup besar ini menunjukkan sokongan padu untuk Mansor adalah kerana beliau sebagai seorang pemimpin berwibawa,” kata Guan Eng.

Guan Eng juga membidas SPR kerana terus berada di bawah telunjuk BN dalam cubaan menggunakan taktik kotor untuk menewaskan Pakatan Rakyat.

“ Sistem yang baru dipakai oleh SPR menjadi kelam kabut kerana ramai pengundi yang tak dapat buang undi kerana nama mereka hilang,” kata Guan Eng.

Beliau berkata ada banyak petanda bahawa “SPR memihak kepada BN dan menghilangkan pengundi merupakan taktik baru BN untuk mengalahkan kita.”

“Banyak pengundi merungut nama tak ada. Mereka undi Anwar Ogos lalu, tapi kini nama mereka hilang. Ini strategi baru untuk kurangkan pengaruh Pakatan Rakyat,” kata Lim, sambil menambah bahawa keputusan itu menunjukkan rakyat menolak taktik kotor seperti itu.

Naib Presiden PAS Husam Musa berkata kemenangan PKR di Penanti memberi keyakinan kepada PAS untuk mencatat kemenangan yang sama memberangsangkan pada pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai depan.

“Sama ada Umno masuk bertanding atau tidak, rakyat membuktikan sokongan mereka kepada calon Pakatan Rakyat melalui undi majoriti lebih besar. InsyaAllah kemenangan ini boleh kita gunakan untuk kalahkan Umno di Manek Urai,” kata Husam.

“Dan jika UMNO mendapat isyarat dari Penanti, mereka akan fikir dua kali untuk bertanding di Manek Urai. Strategi Umno strategi yang salah. Dia nak buktikan apa pada dunia? ” tambah Husam.

Mansor menyifatkan kemenangannya sebagai “kemenangan rakyat dan petanda jelas rakyat menolak BN.”

“Saya berjanji akan melaksanakan segala janji dan memikul tanggungjawab secara amanah dengan bimbingan pucuk pimpinan parti,” tambah Mansor yang juga timbalan pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009