AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 17, 2009

Pembelaan Nizar Di Mahkamah Persekutuan Terjejas



Pembelaan kes Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin melawan Dr Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan terjejas ekoran sikap hakim-hakim Mahkamah Rayuan lambat mengemukakan ulasan keputusan kehakiman.

Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Nizar berkata ulasan keputusan kehakiman ini penting bagi membolehkan para peguamnya mempersiapkan pembelaan rapi di Mahkamah Persekutuan.

Namun dengan kesulitan ini, peguambela Nizar terpaksa meneka mengapa Mahkamah Rayuan mengumumkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

“Kita telah meminta ulasan kehakiman banyak kali namun sehingga ke hari ini mereka belum menghasilkannya,” kata Nizar.

Sebelum ini, Hakim Dato’ Md Raus Shariff bersama-sama Hakim Dato’ Zainun Ali dan Hakim Dato’ Ahmad Maarop di Mahkamah Rayuan mencapai keputusan kontroversi dengan mengumumkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Mengikut amalan standard badan kehakiman, mereka mempunyai 30 hari untuk menghasilkan ulasan keputusan kehakiman, dan dalam kes Nizar, mereka mempunyai masa sehingga 19 Jun untuk mengemukakan dokumen tersebut.

Nizar berkata para peguamnya telah mengemukakan surat kepada hakim terbabit. Nizar juga menjelaskan jangka masa 30 hari tidak boleh dijadikan alasan mengapa ulasan kehakiman tidak dapat keluarkan dengan lebih awal.

Lagipun, kata Nizar, Mahkamah Rayuan pernah membuktikan mukjizat dengan meluluskan rayuan Dr Zambry dalam masa kurang dari 24 jam.

Mahkamah Rayuan menyegera dan meluluskan permohonan Dr Zambry untuk membekukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009