SHAH ALAM, 17 Jun - Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sememangnya amat prihatin terhadap nasib golongan miskin di negeri ini khususnya rakyat di luar bandar yang majoritinya terdiri daripada komuniti petani dan nelayan.
Sehubungan itu, satu lawatan kebajikan anjuran Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Dr. Xavier Jayakumar sudah dilakukan bagi meninjau dan mengenalpasti rakyat miskin yang memerlukan bantuan di sekitar Kampung Bukit Lanchong dekat sini baru-baru ini.
Pada lawatan tersebut, Xavier turut menyampaikan sumbangan berupa bantuan makanan kepada 20 rakyat miskin dalam kawasan tersebut.
Turut hadir Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dato’ Adnan Md. Ikhsan; pegawai-pegawai dari MPSJ, Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling serta beberapa orang ahli Majlis MPSJ dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta pemimpin masyarakat setempat.
- MURIZA ABDUL HAMID
Sumber: Selangorkini.com
0 comments:
Post a Comment