AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, June 15, 2009

MRR2: Senator Antara Tiga Disiasat SPRM



Seorang senator antara tiga ahli politik Umno yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ketiga-tiga mereka memegang jawatan penting dalam parti di peringkat negeri disoal-siasat pasukan petugas khas SPRM.

Dua daripada mereka dikatakan sebagai pemimpin bahagian manakala seorang lagi menjawat jawatan bendahari bahagian.

Mereka ialah antara beberapa individu yang disiasat berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan pengambilalihan projek berkenaan oleh satu syarikat daripada syarikat lain.

Sumber mengatakan penyiasatan terhadap tiga ahli politik berkenaan adalah berkaitan penerimaan wang lebih daripada RM3 juta daripada syarikat yang mengambil alih projek yang hampir siap.

Keputusan sama ada untuk mendakwa mereka atau sebaliknya akan dibuat dalam masa 48 jam.

Jelas sumber berkenaan, kertas siasatan telah diserahkan kepada Pengarah SPRM untuk menentukan keputusannya.

MRR2 merupakan projek Kerajaan Persekutuan bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.- MstarOnline

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009