Kualiti udara di kebanyakan bahagian negara terus bertambah baik menurut bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini. Hujan yang turun dibeberapa tempat diramalkan akan berterusan selama dua tiga hari lagi dilihat akan membantu mengurangkan keadaan berjerebu. Indeks yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (DOE) menunjukkan kesemua 49 kawasan yang dipantau mencatatkan tahap IPU sihat dan sederhana. Pelabuhan Klang mencatatkan IPU sederhana 89, berbanding 94, sementara kualiti udara di Cheras turut bertambah baik dengan bacaan 76 dan Batu Muda 75. Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Selangor masing-masing juga mencatat paras IPU sederhana 74. Dari seluruh kawasan yang dipantau, 24 mempunyai paras IPU sihat. Ini termasuk Kangar (23), Limbang (26), Sri Aman (31) dan Langkawi (30). Bagaimanapun, beberapa kawasan mengalami kemerosotan seperti Sandakan, Sabah dengan bacaan IPU 46 dari 29 dan Kemaman, Terengganu dengan bacaan 51 dari bacaan 43. Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan hujan ribut di sana sini pada sebelah petang di beberapa kawasan dalam tiga hari akan datang termasuk di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang selatan, Negeri Sembilan dan Johor. Bahagian satelit jabatan itu mengesan 38 tompokan panas dengan satu di Semenanjung Malaysia, 3 di Sabah, 7 di Sarawak, 4 di Kalimantan dan 23 di Sumatera. Sumber: tvantara.com |
Arkib Blog
Monday, June 15, 2009
Hujan Bantu Pulihkan Jerebu, IPU Bertambah Baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment