AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 24, 2009

'Dr Puad Zakarshi usah perbodohkan kami' - pendidik

KUALA KRAI, 24 Jun (Hrkh) - Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Itulah agaknya yang melatari kempen Umno di Dun Manek Urai sekarang.

Ini dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi tanpa segan meminta 187 guru mengundi Barisan Nasional (BN).

Mungkin agak melucukan bagi warga pendidik. Sedangkan mereka saban hari mengakses maklumat, malah ramai juga ada membangunkan blog sendiri.

Setiap hari mereka menerima SMS mengenai isu yang berlaku di seluruh dunia. Mereka tahu skandal kewangan yang begitu besar dilonggok bagi menyelamatkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

"Apakah Timbalan Menteri Pelajaran cuba memperbodohkan kami warga pendidik untuk memejamkan mata setiap penyelewengan yang dilakukan Umno dan BN sekarang.

"Kami sebagai pendidik perlu menjadi model yang baik kepada pelajar dan masyarakat.Kalau kami mengundi BN tidakkah ia dinamakan bersekongkol dengan segala dosa yang dilakukan pemimpin Umno dan BN," kata seorang guru di sini.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri terbabit meminta 187 warga pendidik yang layak mengundi menyokong calon BN di Manek Urai selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau membuat gesaan itu selepas menyampaikan bantuan wang amanah pelajar miskin (KWAPM) kepada 290 murid di Sekolah Kebangsaan Laloh.

Sebanyak 20 sekolah di Dun Manek Urai membabitkan seramai 2,223 murid miskin mendapat bantuan KWAPM berjumlah RM444,000 bagi tahun ini.

Seorang lagi guru yang enggan dikenali berkata, di sebuah sekolah hendak mencari guru yang cenderung politik kepada Umno agak sukar kerana mereka tahu perkembangan isu semasa.

"Guru yang minat politik Umno mudah dicam kerana mereka kerap kali ponteng waktu mengajar. Ketika musim pemilihan di peringkat bahagian mereka agak sibuk.

"Selain itu gaya hidup mudah berubah dalam masa singkat. Biar pun mereka tidak mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi dilantik sebagai ketua unit di sekolah.

"Ada kawan yang mengajar di sebuah di Kota Bharu memberitahu guru besarnya sering hilang sehingga sukar untuk guru lain berurusan kerana sibuk dengan politik Umno," katanya.

Sementara itu, seorang graduan lulusan UPM pada tahun awal 1990-an mendakwa Dr Puad ketika mengajar di universiti tersebut begitu lantang mengecam kerajaan.

Katanya, beliau hairan mengapa tiba-tiba sekarang pemimpin itu bertukar haluan sehingga mengandaikan prinsip perjuangannya sebelum ini. - mj _

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009