AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 23, 2009

Penduduk adakan “talkin” untuk UMNO di kawasan Shafie Apdal

Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk Semporna, Sabah telah "mentalkinkan mayat Umno" di kawasan parlimen Naib Presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet.

Gambar itu memaparkan empat lelaki berbaring diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas.

Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, berdiri di hadapan "mayat" berkenaan dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Saharin, berkata beliau difahamkan bahawa gambar itu dirakam di kawasan Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Menurut sumber, peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah. Ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah," kata Badrul.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohammad Abdullah dan ketua bahagian PKR Semporna, Abdul Wahab Ali berkata penduduk Semporna amat tidak berpuas hati berhubung status pemilikan tanah yang diusahakan mereka.

Menurut Mohamad, tanah yang diusahakan penduduk sejak 1986 telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri pada tahun 1999. Segala usaha untuk mendapatkan hak mereka gagal setakat ini.

Usaha mendapatkan ulasan Mohd Shafie dalam satu sidang medianya di Kuala Lumpur semalam tidak berhasil apabila beliau enggan menjawab sebarang soalan berkaitan politik.

Sumber: tvantara.com

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009