AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 23, 2009

Mansor dicabar tiga calon bebas di Penanti

BUKIT MERTAJAM, 23 MEI (SK) - Calon KeADILan Mansor Othman akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti yang akan ditentang oleh tiga calon bebas yang lain.

Tiga calon bebas yang bertanding ialah Aminah Abdullah, NaiKhan Ari a/l Nai Keow, dan bekas calon Bukit Gantang Kamarul Ramizu Idris telah disahkan bertanding pada pilihanraya kecil ini.

Sebelum ini, seramai lima orang telah menghantar borang percalonan di Pusat Penamaan Calon yang terletak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam.

Walaubagaimanapun, seorang calon bebas Mohd Saberi Othman telah ditolak percalonanya ketika masa bantahan kerana beliau serta pencadang dan penyokonya bukan anak tempatan.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya selepas masa bantahan pada jam 11.50 pagi tadi.

Beliau telah diiringi hampir 3000 penyokong Pakatan Rakyat dan telah menghantar borang percalonan pada jam 9 pagi serta dicadangankan oleh Ibrahim Ahmad dan disokong Hasan Othman

Antara pemimpin yang turut mengiringi Mansor ialah Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa pemimpin parti itu memasuki kawasan pusat penamaan calon di IKBN

Barisan Nasional, minggu lalu telah mengumumkan keputusan parti itu untuk tidak bertanding untuk merebut kerusi Dun Penanti.

Pada pilihanraya umum Mac 2008, penyandang - Mohammad Fairus Khairuddin yang mewakili KeADILan menewaskan calon Barisan Nasional - Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Dun Penanti mempunyai 15,384 pengundi yang terdiri daripada 72.6% Melayu, Cina (24.2%), India (2.4%) dan lain-lain (0.7%).

Kerusi Penanti telah dikosongkan oleh Fairus pada 16 April lalu selepas mengambil keputusan untuk menyambung pelajaranya di luar negara.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009