AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, May 10, 2011

DAP adu pada SPR dakwa BN import pengundi

DAP Melaka mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, supaya mengemukakan bukti yang menunjukkan parti itu menggunakan taktik kotor dalam mendaftarkan pemilih di kawasan parlimen Bukit Katil.

Sambil menyifatkan kenyataan Mohd Ali itu sebagai satu 'fitnah', Setiausaha Publisiti DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu mengemukakan bukti bahawa apa yang beliau dakwa itu adalah benar.

NONE
Menurutnya, tindakan yang dilakukan Mohd Ali (kiri) itu merupakan satu usaha memburuk-burukkan imej DAP di mata rakyat, sekali gus menghakis sokongan terhadap parti berkenaan.

"Saya cabar beliau supaya tunjukkan bukti apa yang dicakapnya. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, jelas beliaulah yang menipu rakyat," katanya.

Khoo diminta mengulas kenyataan Mohd Ali dalam beberapa media tempatan semalam berhubung dakwaannya bahawa DAP menggunakan taktik kotor dalam usaha mendaftar pengundi.

Ia termasuk dakwaan, terdapat 25 nama yang didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen Bukit Katil, di samping turut mendakwa terdapat ramai pengundi luar yang diimport ke kawasan berkenaan.

SPR berhak lucutkan keistimewaan

Menurut Khoo, yang juga ADUN Ayer Keroh, penyebaran fitnah merupakan satu taktik politik yang semakin kerap digunakan dewasa ini, terutama dalam usaha memburukkan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, ini jelas menunjukkan bahawa BN terpaksa menggunakan taktik sedemikian untuk menundukkan PR kerana mereka sedar mereka tidak akan mampu melawan polisi yang memberi manfaat kepada rakyat sebagaimana diamalkan di negeri-negeri di bawah pentadbiran
kerajaan PR.

NONE
"Sebelum ini, ada fitnah mendakwa kononnya DAP mahu membentuk sebuah kerajaan Kristian. Hari ini fitnah yang ini pula. Tidak mustahil esok lusa akan timbul fitnah lain pula untuk memburukkan PR," katanya.

Sehubungan itu, menurut Poay Tiong, beliau akan berjumpa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka bagi meminta mereka menyiasat tuduhan Mohd Ali itu.

Menurutnya, sekiranya siasatan itu mendapati DAP melakukan apa yang didakwa itu, maka SPR mempunyai hak untuk melucutkan keistimewaan yang diberikan kepada DAP untuk bertindak sebagai Penolong Pendaftar dalam mendaftarkan pengundi baru.

"Pada masa yang sama, SPR juga perlu mengambil tindakan sama terhadap pihak-pihak lain sekiranya mereka juga didapati melakukan kesalahan sebegini atau apa-apa kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang SPR.

"Tiada apa yang perlu DAP takutkan kerana segala yang dikatakan hanyalah satu fitnah liar yang tidak berasas," katanya.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009