AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, December 15, 2010

Bajet 2011 Perlis : Defisit 12 Peratus Dijangka


KANGAR 15 DIS : Kerajaan Negeri Perlis dijangka mengalami bajet defisit RM85 juta pada tahun depan dengan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM262 juta berbanding anggaran hasil RM89 juta.

Defisit itu merupakan peningkatan sebanyak 12 peratus pada 2011 berbanding RM76 juta pada 2010. Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata sebanyak RM174 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus iaitu tambahan RM31 juta berbanding 2010 dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM88 juta iaitu tambahan RM33 juta.

"Kutipan hasil kerajaan negeri pada 2011 dianggarkan sebanyak RM89 juta berbanding RM67 juta tahun ini," katanya ketika membentangkan bajet negeri tahun2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis penggal ketiga yang bermula semalam.


Sumber: TVSNEWS

Bagi peruntukan perbelanjaan mengurus, katanya, sejumlah RM34.8 juta atau 20 peratus untuk emolumen dan RM40.1 juta (23 peratus) untuk perkhidmatan dan bekalan manakala RM55.67 juta (55.6 peratus) untuk pemberian bayaran tetap.

Bagi pembelian aset pula, sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan dan baki sebanyak RM400,000 untuk perbelanjaan lain. Md Isa berkata sektor pelancongan adalah antara yang membantu membangunkan ekonomi negeri apabila seramai 421,157 pelancong melawat negeri itu hingga September lalu.

Justeru itu, katanya, pelbagai projek akan dilaksanakan bagi membangunkan sektor pelancongan negeri termasuk di bandar diraja Arau, Kuala Perlis, bandar sempadan Wang Kelian dan Padang Besar, Taman Negeri, Empangan Timah Tasoh, Gua Kelam, Gua Wang Burma, ladang anggor, ladang harumanis dan Rimba Herba Perlis.

Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009