AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, November 3, 2010

Umno-BN Mahu Jimat Dengan Selamatkan Kroni Tapi Korbankan Rakyat

azan15

KUALA LUMPUR 3 Nov - Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional menaikkan harga petrol RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter menimbulkan persoalan bagaimana kepentingan pengguna yang secara keseluruhannya akan terbeban kesan daripada kenaikkan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata hasil daripada laporan Bank Negara berhubung hutang isi rumah minggu lalu menunjukkan menjadi agenda teguran apabila kadar tersebut meningkat sebanyak 71 peratus.

"Persoalan yang lebih besar dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah apabila kenaikkan kali kedua bagi petrol gred RON 95 dan 97, kerajaan menikmati penjimatan sebanyak RM4.3 bilion, dan kenaikkan terbaru yang diumumkan memberikan sebanyak RM12 bilion.

"Jadi, apabila berlaku kenaikkan 5 sen ini, kita terpaksa merujuk kembali kepada janji kerajaan, iaitu untuk memulangkan kembali faedah tersebut kepada rakyat hasil penjimatan tersebut," kata Azan kepada Suara Keadilan.

Apa yang peliknya kata beliau, ketika ini tidak ada berlaku turun naik petroleum mentah di pasaran dunia sehingga memaksa kerajaan mengumumkan kenaikkan harga di pam secara tergesa-gesa dengan alasan yang munasabah.

"Kita menjangkakan kerajaan akan memberi alasan kononnya untuk penjimatan bagi faedah rakyat. Jika sekiranya alasan yang sama diberikan oleh kerajaan, maka kita tahu apakah yang telah berlaku ke atas penjimatan yang dilaksanakan sebelum ini yang kononnya digunakan untuk menaik taraf perkhidmatan awam," ujar beliau.

Tambahnya, sehingga hari ini masih belum ada lagi perlaksanaan yang sepatutnya telah disiapkan untuk
kemudahan rakyat.

"Rakyat masih lagi tertanya-tanya dengan taraf perkhidmatan awam seperti keretapi,bas dan teksi yang masih merangkak-rangkak untuk diperbaiki yang sepatutnya telah selesai selepas dua tahun penjimatan hasil daripada kenaikkan harga minyak.

"Saya telah diberitahu bahawa keseluruhan perbelanjaan telah diatur dan disalurkan namun tiada perbaharuan pun yang berlaku," tegasnya.

Azan turut menegaskan kerajaan harus memberikan penjelasan segera dan alasan yang munasabah di mana rakyat terpaksa menanggung akibat hasil daripada kesan kenaikkan tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009