AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, November 3, 2010

RON 97: Hukum BN di Galas, Batu Sapi


KUALA LUMPUR, 3 Nov: Rakyat harus menghukum Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga petrol RON 97 dengan menjatuhkan mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi.

Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata, rakyat sewajarnya berbuat demikian bagi menunjukkan kemarahan mereka.

"Kenaikan RON 97, rakyat Galas dan Batu Sapi mesti hukum BN sebagai petanda rakyat marah.

"Sekiranya pengundi tak hukum BN dalam PRK kali ini, seolah-olah membenarkan BN bermaharajalela dalam apa jua perkara," kata Firdaus kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menyeru para jentera pemuda PAS di Galas khususnya memberikan maklumat yang betul kepada rakyat yang sedang ditipu kerajaan.

"Pada jentera pemuda di Galas khasnya harus mengajak rakyat menolak BN," katanya.

Tambahnya juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak langsung tidak mempedulikan kesusahan rakyat apabila menaikkan harga petrol yang merupakan punca kepada kenaikan harga barang lain.

"Petrol adalah punca kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Najib langsung tak meletakkan rakyat didahulukan.

"Kenaikan ini isyarat kepada rakyat bahawa BN bukan pilihan kita," katanya lagi.

Kenaikan harga RON 97 tengah malam semalam menjadikan harga barunya RM2.15 seliter.

Kerajaan memberikan alasan bahawa kenaikan harga itu disebabkan harga diapung mengikut harga minyak dunia.


Sumber: Harakah Daily

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009