AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, November 30, 2010

Kes Ling: Pindah Ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR 30 NOV: Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.

Timbalan pendakwaraya (DPP) Manoj Kurup memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan untuk memindahkan kes berkenaan pada 30 Ogos lalu.

"Kita telah mempertimbagkan permohonan itu dan Peguam Negara bersetuju memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

"Kita membuat permohonan mengikut Seksyen 418 di bawah Akta Kanun Jenayah.”

Manoj dibantu oleh DPP Dzulkifli Ahmad, manakala Dr Ling diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong.

Hakim Suzana Hussin kemudian meluluskan permohonan itu dan mengarahkan kes berkenaan ke tarikh baru yang ditetapkan.

Beliau juga bersetuju wang ikat jamin RM1 juta ke atas Ling dikekalkan sehingga kes itu disebut semula.

Pada 29 Julai lalu, Ling, 67, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

Mengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 418 Akta Kanun Jenayah dan beliau juga diberi pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, akta yang sama.

Ling, diiringi oleh dua anknya serta isteri, Toh Puan, Ena Ling di mahkamah hari ini dan berkata beliau mahu membersihkan namanya di mahkamah.

"Saya mahu perbicaraan disegerakan,” katanya.- Malaysiakini.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009