AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, October 28, 2010

Umno-BN Tipu Masyarakat Cina Bina Sekolah

NKMKUALA LUMPUR 28 Okt - Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa mengamalkan sikap 'double standard' berhubung pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina apabila hanya menyiapkan dua daripada 19 buah yang dijanjikan.

Dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menyatakan kekesalannya apabila kerajaan gagal menunaikan janji manifesto Pilihan Raya untuk memindah enam buah sekolah dan membina 13 buah sekolah jenis kebangsaan Cina yang baru.

"Kerajaan telah mengurangkan 48 buah SJKC sedangkan sekolah berkenaan mengalami pertambahan jumlah murid sekolah di sekolah jenis kebangsaan daripada 320 ribu kepada 640 ribu dan antaranya 75 ribu bukannya daripada kaum Cina.

"Setakat hari ini hanya dua buah sahaja yang siap yang 17 buah masih belum dalam operasi. Ini bermaksud sekolah jenis kebangsaan adalah sekolah yang diiktiraf dan menerima semua rakyat tanpa mengira kaum,” kata Kor Ming.

Beliau turut mempersoalkan salah satu garis panduan mengenai tindakan kerajaan hanya membenarkan tapak sekolah rezab milik kerajaan dibina sekolah kebangsaan sahaja kecuali mendapat pengecualian daripada Menteri.

“Mengapa tapak sekolah rezab kerajaan, tidak boleh dibina semua sekolah tanpa mengira SJK (C) atau SJK (T) dan perkara ini tidak adil adil sekcinasama sekali?.

"Dua lagi garis panduan dan surat pekeliling yang ditetapkan kementerian juga tidak munasabah, antaranya terpaksa mengumpulkan sendiri dana sebanyak 80 peratus bagi SJK untuk membina bangunan baru.

“Semua lembaga pengelola sekolah SJK (C) dan SJK (T) yang ingin membina sekolah baru atas kesesakan bilik darjah perlu mengumpul sendiri dana 80 peratus baru boleh mengemukakan permohonan.

"Saya menggesa kerajaan supaya memansuhkan tiga surat pekeliling dan garis panduan yang didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap SJK (C)," tegas beliau lagi.

Hakikatnya, masyarakat Cina di dalam negara ini masih perlu menanggung perbelanjaan RM100 juta setahun sebagai sumbangan peribadi kepada sekolah jenis kebangsaan walaupun negara telah merdeka lebih dari 50 tahun.

Sebelum itu, dalam sesi soal jawab beliau meminta Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (C) yang diumum serta dijanjikan oleh kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009