AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, August 9, 2010

Penyelewengan Berlaku Di Inkues Teoh Beng Hock?


Peguam Gobind Singh Deo bertindak keluar dari inkues kematian Teoh Beng Hock dalam keadaan marah, sambil menuturkan "penyelewengan proses" sebelum beliau beransur pergi.

Sebelum itu, Gobind yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock memohon untuk bertemu Koroner Azmil Muntapha Abas di kamarnya.

Gobind berkata ia adalah amat penting dan koroner menangguhkan mahkamah untuk mendengar hujah Gobind bersama peguam mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.

Pertemuan selama satu jam itu turut disertai Ketua Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa dan peguam Tan Hock Chuan mewakili Pejabat Peguam Negara.

Gobind kemudiannya kelihatan memasuki semula mahkamah, mengemas dokumen yang dibawanya sebelum beransur pergi.

"Sesuatu telah berlaku dan saya amat tidak gembira," kata Gobind di luar mahkamah.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009