AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, August 25, 2010

Lantik anak peneroka


SHAH ALAM, 25 Ogos – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menolak dakwaan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor bahawa keprihatinan Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sebagai cubaan untuk mengganggu masyarakat dan pengurusan Felda.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata, kenyataan Mohd Yusof itu begitu dangkal dan tidak menjawab persoalan utama apa yang berlaku dalam tadbir urus dan kewangan Felda.

Katanya, AMK Selangor bertegas bahawa sudah tiba masanya pengurusan tertinggi Felda diisi oleh anak-anak peneroka Felda sendiri yang lebih memahami realiti dan perkara terbaik untuk pembangunan masyarakat peneroka.

“AMK Selangor mendesak agar anak-anak peneroka Felda dilibatkan dalam pengurusan dan tadbir urus Felda agar mereka yang mempunyai semangat kebertanggungjawaban dilibatkan bersama.

“Kita yakin keprihatinan Pakatan Rakyat dan NGO dalam memperjuangkan hak dan nasib masa hadapan peneroka Felda merupakan kegusaran mereka tatkala kewangan Felda dipersoalkan banyak pihak sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama katanya, AMK Selangor berharap masyarakat Felda di seluruh negara bangkit menyatakan hak bahawa mereka mempunyai suara untuk menentukan hala tuju dan masa hadapan yang perlu diperkasakan lagi.

“AMK Selangor yakin masyarakat Felda kini sudah celik dan bijak dalam menentukan nasib mereka dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

“Justeru, kita berharap kerajaan mengembalikan hak peneroka Felda yang selama ini tidak diambil perhatian dan prihatin masalah serta isu yang di bawa oleh Pakatan Rakyat dan NGO terhadap cabaran yang dihadapi peneroka di seluruh negara,”katanya.

Terdahulu, Mohd Yusof berkata, cubaan pembangkang untuk masuk ke Felda merupakan satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu.

Menurut beliau, pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk. – SINAR HARIAN

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009