AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, July 2, 2010

Najib Enggan Dedah Kos Tanggung Rosmah Di New York


KUALA LUMPUR 2 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan menggunakan dana awam bagi isterinya ketika berada di New York walaupun didesak untuk berbuat demikian di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan berkata beliau menerima jawapan bertulis berkaitan dengan soalannya yang mahukan Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci kos perbelanjaan yang ditanggung kerajaan untuk Datin Seri Rosmah Mansor ke New York April lalu.

"Najib enggan memberi jumlah kos yang sebenar yang telah dibelanjakan sewaktu Rosmah berada di New York. Jawapan yang diberikan hanya memberitahu kos perbelanjaan penginapan dan perjalanan isterinya termasuk di dalam perbelanjaan yang disediakan untuk Perdana Menteri dengan alasan ia selaras dengan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri," kata Gobalakrishnan pada sidang media di parlimen semalam..

Beliau mendesak kerajaan supaya telus dalam soal tersebut dan pendedahan itu perlu dilakukan kerana ia melibatkan wang rakyat dan rakyat harus tahu.

"Kita minta kerajaan telus dalam soal sebegini dan jangan selindung, sebelum ini mereka dakwa ada NGO yang membiayai lawatan isteri Perdana Menteri.

Tetapi sekarang mereka berkata pejabat PM pula yang membayar. Saya akan terus menulis meminta jawapan. Saya minta perangkaan, tetapi mereka tidak memberikan jumlahnya," katanya lagi.

Sebelum itu semasa perbahasan di Dewan rakyat, Gobalakrishnan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap jawapan yang tidak tepat tetapi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu aturan Dewan tidak memberinya kuasa untuk menilai jawapan menteri, justeru beliau tidak boleh bertindak tentang perkara tersebut.

Pada 16 April, Najib dan Rosmah telah menghadiri satu majlis di hotel lima bintang St Regis yang turut dihadiri bintang filem antarabangsa.

Lawatan itu mendapat kecaman hebat daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan juga rakyat kerana Rosmah dirujuk sebagai 'Wanita pertama Malaysia', yang mana gelaran tersebut semestinya adalah hak Raja Permaisuri Agong.

Majlis yang tidak mendapat liputan media tempat itu turut menyiarkan dua halaman iklan berwarna di akhbar New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada keluarga dan sahabatnya di Amerika mahupun di Malaysia.

Menurut laporan The Nut Graph, New York Times pada mulanya memberitahu iklan berkenaan dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi kemudian menarik semula kenyataan berkenaan.

Berikutan itu, Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa BCIU yang meletakkan iklan berkenaan.

Bagaimanapun badan berkenaan belum mengesahkan perkara tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009