AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, July 7, 2010

KDN Main Tarik Tali Dengan Suara Keadilan



SHAH ALAM 7 Julai - Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memperbaharui permit penebitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dianggap seperti bermain tarik tali berhubung arahan kementerian yang meminta akhbar itu menjawab tiga surat teguran yang dihantar pada Januari, Februari dan April tahun ini.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN , Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Suara Keadilan berkata dalam pertemuan beliau secara tidak dirancang semalam dengan Setiausaha Bahagian Kawalan
Penerbitan dan Teks Al-Quran, Datuk Zaitun Ab Samad menanyakan kepada beliau alasan tidak membalas tiga surat teguran yang dihantar kementerian awal tahun ini.

Selaku peguam Suara Keadilan, Shamsul Iskandar berkata Suara Keadilan telah pun memberi jawapan mengenai tiga surat terbabit pada 29 Jun sementara jawapan kepada surat tunjuk sebab pada 30 Jun
lalu.

Bagaimanapun KDN dalam surat kepada Suara Keadilan bertarikh 2 Julai 2010 masih belum hati dengan penjelasan yang diberikan.

"Dia (Zaitun) tanya saya semalam bila Suara Keadilan nak serah tiga jawapan surat tunjuk sebab seperti yang diminta.

"Saya nyatakan padanya, kita (Suara Keadilan) telahpun menghantar surat jawapan berhubung perkara itu.

"Dia tak berpuas hati dengan jawapan yang kita berikan sedangkan kita mempunyai alasan kukuh kenapa kita berbuat demikian.

"Kemudian, saya jelaskan pada beliau bagaimana kita nak jawap surat-surat tersebut sedangkan sehingga kini pejabat Suara Keadilan masih belum menerima dokumen berkenaan.

"Firma guaman saya telahpun menghantar surat tersebut kepada KDN, jadi mereka mempunyai alamat lengkap pejabat Suara Keadilan. Ini menunjukkan kementerian sengaja melengah-lengahkan malah cuba bermain tarik tali dengan kita," jelas beliau.

Menurut Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib parti mahupun pihak akhbar tidak mempunyai rekod menerima ketiga-tiga surat teguran yang dimaksudkan KDN.

"Kami harap KDN faks kepada kami salinan surat terbabit, selagi kami tidak ada dalam simpanan bagaimana kami mahu memberi penjelasan," katanya.

Pada 28 Jun lalu, KDN memberi surat tunjuk sebab kepada Suara Keadilan berhubung aktikel ‘Felda Bankrap’ yang disiarkan di muka hadapan dalam keluaran 22-29 Jun lalu.

KDN juga telah menggantung permit penerbitan akhbar ini berkuatkuasa 1 Julai lalu kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan akhbar tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009