AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, July 17, 2010

Fomca Bimbang Kerajaan Tidak Mampu Kekang Kenaikan Harga Barangan


SHAH ALAM 17 Julai - Tindakan Umno-Barisan Nasional menaikkan harga lima barangan keperluan malam Khamis lalu gagal mengambil kira bentuk tindakan perundangan yang bakal diambil kerajaan sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Menurut Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) ini kerana peruntukan perundangan bagi mengambil tindakan sedemikian belum lagi dilaksananakan.

"Kerisauan yang timbul sekarang ialah bagaimana kerajaan ingin mengambil tindakan kerana peruntukan perundangan bagi mengambil tindakan kepada peniaga yang mengambil untung secara berlebihan belum lagi dilaksanakan, kerajaan perlu mencari jalan selain pemantauan secara menyeluruh bagaimana pula tindakan yang ingin mereka ambil," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yusof Abdul Rahman.

Beliau berkata kenaikan harga petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) memberi kesan secara langsung kepada setiap rakyat Malaysia terutamanya golongan peniaga kecil.

Seterusnya tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional tersebut akan menyebabkan kesa berantai berlakunya kenaikan harga makanan dan ketidak selarasan harga barangan lain.

"Tindakan kenaikan harga yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri akan memberi kesan secara langsung kepada setiap pengguna di negara ini, dan yang lebih ketara kesannya adalah kepada peniaga-peniaga kecil. Mereka akan berada dalam keadaan terhimpit dengan kesan kenaikan tersebut yang mana segala kos termasuk pengangkutan akan mengalami kenaikan.

"Atas kesan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga jualannya seperti kuih mahupun makanan lain. Kenaikan yang secara langsung ini akibat daripada kenaikan harga ini akan memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah," kata beliau.

Tambah Mohd Yusof bagi mengelakkan kesan yang ketara ini kerajaan perlu melakukan pemantauan secara berterusan terhadap peniaga yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan atas kenaikan harga tersebut.

Beliau juga mahu kerajaan pastikan harga kawalan terhadap barang lain masih berada pada harga asal.

"Saya menyeru kerajaan lakukan pemantau yang tegas secara menyeluruh kepada setiap peniaga, kegagalan kerajaan mengambil tindakan sedemikian menyebabkan ada segelintir peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan yang lain. Kerajaan juga perlu pastikan harga barangan kawalan yang tidak terlibat dengan senarai yang dinaikkan berada pada harga yang ditetapkan.

"Pemantauan amat diperlukan dalam hal ini, tanpa pemantauan yang menyeluruh pengguna bukan sahaja dibebankan oleh kenaikan harga minyak tetapi bebanan yang lain.

"Melihat kepada kenyataan Perdana Menteri, kenaikan ini baru diperingkat pertama dan saya berpendapat akan berlaku lagi kenaikan sehingga kepada tahap penyelarasan subsidi yang dikehendaki oleh kerajaan," jelas beliau.

Ketika ditanya mengenai cara pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang mmebuat pengumuman tersebut selepas sahaja tamat persidangan Dewan Rakyat, Mohd Yusof ini adalah strategi kerajaan untuk mengelakkan isu ini mendapat tentangan di parlimen.

"Sebelum ini pun kerajaan mengambil tindakan mengumumkan pada waktu malam dan kuat kuasa pada jam 12 tengah malam.

"Jika perkara tersebut diumumkan di dalam Dewan Rakyat maka tentangan yang hebat dari kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat dan kemungkinan juga tentangan daripada ahli parlimen BN sendiri, ini akan menyebabkan kesukaran kerajaan untuk mengambil keputusan. Jadi cara yang terbaik kerajaan ialah mengumumkan selepas tamatnya sidang Dewan," kata Mohd Yusof lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009