AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, July 6, 2010

Anwar Ingatkan Penduduk Kampung Baru Tidak Tertipu Muslihat Umno-BN


KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penduduk Kampung Baru supaya tidak terperangkap dengan janji manis yang ditawarkan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mengenengahkan pelan pembangunan orang Melayu di kawasan itu.

Saranan itu katanya bagi mengelakkan penduduk menjadi mangsa tipu daya Umno-BN sehingga menyebabkan tanah di kawasan itu dijual untuk projek pembangunan yang dirangka pemimpin dan kroni kerajaan.

Anwar berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebelum ini dilaporkan bercadang supaya pembangunan hartanah di Kampung Baru dibangunkan berdasarkan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu manakala 40 peratus bagi bukan Melayu.

Namun, nilai peratusan itu berubah kepada 100 peratus milikan orang Melayu sebaik penduduk menolak pelan pembangunan yang ditawarkan itu.

Bagaimanapun, cadangan Raja Nong Chik tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.

“Saya tanya kepada Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP), adakah beliau berhasrat untuk memiliki tanah Kampung Baru?

“Beliau kata tidak, jadi saya nak tanya orang Cina pun tidak minta, mengapa Umno-BN bersungguh-sungguh untuk memberikan 40 peratus hak kepada bukan Melayu?

“Apa punya otak orang Umno-BN, semua fikir duit saja. Ada tanah semua nak jual, jangan harap puak ini nak uruskan pembangunan Kampung Baru kerana nanti akibatnya macam cerita Pendekar Bujang Lapok RM40,000 untuk kamu (penduduk), RM400 juta untuk aku (Umno-BN),” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Forum Keamanan Gaza di Gombak malam tadi.

Turut hadir dalam ceramah itu pimpinan tertinggi KEADILAN termasuk Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali, Pengarah Strategik, Tian Chua, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Tan Kee Kwong, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan sukarelawan Gaza, Mustafa Mansur.

Forum anjuran AMK Wangsa Maju itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Dalam pada itu, Anwar turut mencadangkan supaya hal berkaitan pembangunan Kampung Baru diserahkan kepada penduduk di kawasan itu yang dianggap beliau layak menguruskan sendiri tanpa menggunakan khidmat agensi kerajaan.

“Orang Kampung Baru semua ada, arkitek ada, kontraktor pun ada jadi mereka layak untuk menguruskan perancangan untuk pembangunan kawasan tersebut, jangan harap kepada jabatan-jabatan lain di bawah kerajaan Umno-BN.

“Biar mereka buat sendiri, uruskan sendiri cara bagaimana mereka mahu membangunkan Kampung Baru. Selain itu mereka juga boleh lantik Dr Lo’ Lo’ Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) sebagai penasihat mereka, baru betul.

"Ini tidak, selagi ada tanah semuanya nak dijual, tanah Sungai Besi, tanah Sungai Buloh, tanah Sentul, dia ingat Malaysia ni Najib dengan Rosmah yang punya ke? tegas Anwar lagi.

Terdahulu, Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru yang telah dikemukakan beliau kepada Kerajaan Pusat 15 tahun lalu yang mengandungi beberapa alternatif berhubung pembangunan semula kampung berkenaan.

Cadangan tersebut mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat, Ketua Pembangkang itu berkata tujuan lawatannnya ke negara tersebut adalah untuk menyampaikan syarahan.

"Saya telah dipanggil ke Amerika Syarikat untuk berucap di Pusat Woodrow Wilson berkenaan hak asasi manusia dan telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang masa sama telah dikritik oleh media arus perdana seolah-olah saya cuba membaiki hubungan dengan Yahudi.

“Itu adalah satu jemputan Woodrow, satu pertubuhan yang meminta saya untuk memberi ucaptama mengenai Islam and Democracy in Southeast Asia, itu faktanya.

"Mereka kata Anwar pro-zionis. Najib, Khairy Jamaluddin bayar Apco untuk nasihat mereka, lepas itu dia kata Anwar pro-zionis.

"Walhal dia ingat orang Melayu ni bodoh tetapi yang bodoh dia," kata Anwar lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009