AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, June 22, 2010

Umno-BN Tutup Kegagalan RMK-9, Sasaran RMK-10 Kosmetik


KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata kegagalan RMK9 langsung tidak dihuraikan dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-10 lantas membuktikan bahawa Umno-Barisan Nasional sememangnya mengamalkan budaya ketidak telusan dalam pentadbiran kerajaan.

Dr Lee berpendapat sementara RMK-10 adalah dokumen yang penting demi menentukan halatuju pengurusan ekonomi negara dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya ia gagal menghuraikan masalah kehilangan daya saing Malaysia berbanding dengan Korea, Singapura dan Taiwan yang telah dikenalpasti.

“Apakah asas Kerajaan Persekutuan menetapkan unjuran pertumbuhan 6 peratus untuk perkembangan ekonomi negara? Ini adalah terlalu optimis dan kemungkinan besar kita akan mengalami kegagalan sekali lagi,” Dr Lee berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, rekod pentadbiran kerajaan Umno-BN sejak 15 tahun lalu amat tidak menyakinkan.

Sebagai contohnya, sasaran pertumbuhan ekonomi RMK-7 adalah 8 peratus dan RMK-8 adalah 7.5 peratus tetapi pada hakikatnya hanya mengecapi 4.7 peratus sahaja.

Bagi RMK-9 pula yang sasarkan 6 peratus tetapi hanya capai 4.2 peratus sahaja.

“Walaupun kita telah menggunakan lebih banyak perbelanjaan negara, tambahan pula jurang defisit yang lebih besar, akan tetapi kita tetap jauh daripada sasaran,” jelasnya.

Beliau menegaskan defisit yang dirancang semasa RMK-8 adalah RM28.9 bilion tetapi sebenarnya mencapai sebanyak RM 97.8 bilion manakala defisit RMK-9 yang dirancang RM 27.9 bilion tetapi sebenarnya mencapai RM40.3 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan pula meningkat dalam tempoh RMK-9 daripada RM228.6 bilion pada 2005 kepada RM378.3 bilion pada tahun 2010.

Ianya jauh melebihi RM351.3 bilion yang dirancang untuk 2010.

Dr Lee yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, masalah dihadapi RMK-9 telah diketahui umum setelah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam dokumen Agenda Ekonomi Malaysia pada Ogos 2007.

Beliau berkata, masalah perlaksanaan seperti dasar yang 'flip-flop', rasuah berleluasa dan ketirisan yang beterusan menyebabkan rancangan kerajaan selalunya mengalami kegagalan ketara.

Oleh yang sedemikian, kandungan RMK-10 cuma merupakan dalam bentuk pembaikan kosmetik sahaja.

Beliau menegaskan negara kini menghadapi cabaran menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Rakyat harus selamatkan Malaysia dengan membanteras rasuah, ketirisan dan penyelewengan, supaya negara mampu melaksanakan satu transfomasi secara total.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009