AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 23, 2010

Umno-BN Takut Akui DEB Gagal Manfaatkan Melayu


KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan Umno-Barisan Nasional hendaklah berani untuk mengaku bahawa Dasar Ekonomi Baru telah gagal memberi manfaat kepada negara dan kaum Melayu khususnya dan sebarang retorik perkauman tidak sepatutnya digunakan untuk mengekalkan dasar yang sebenarnya telah gagal.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata perkara pertama yang sepatutnya dilakukan kerajaan Umno-BN adalah menubuhkan tribunal kebenaran dan penyelarasan (perdamaian) bagi menggalakkan legitimasi kebangsaan dan perdamaian dengan mendedahkan kebenaran insiden 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969.

"Kita seharusnya ada penutupan bagi peristiwa tersebut yang telah menghantui negara selama 40 tahun.

"Kita belum benar-benar sembuh sepenuhnya akibat suasana ketakutan dimainkan oleh unsur-unsur tertentu.

"Rasa ketakutan ini telah dibina di dalam sistem politik kita dan kini ianya telah menjadi sebahagian daripada jiwa rakyat.

"Ketakutan ini timbul sebab rakyat tidak ada pengetahuan tentang peristiwa yang sebenar dan seharusnya mengusir hantu Peristiwa Mei 13 ini.

"Selagi kebenaran itu tersembunyi dan perasaan ketakutan dan syak wasangka ini berterusan dan berlanjutan, kita tidak akan matang dan maju sebagai satu masyarakat dan sebagai satu negara," kata beliau dalam perbahasan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.

Berhubung isu DEB pula, William menyeru supaya golongan yang menentang sesuatu perubahan dalam struktur ekonomi dan politik agar berfikir semula.

"Malaysia telah sampai pada penghujung jalan dalam menggunakan cara lama untuk menguruskan hal dan kerajaan Umno-BN harus mempunyai keberanian untuk mengakui bahawa DEB bukan untuk semua orang Melayu dan cuma menguntungkan hanya segelintir golongan tertentu," tegas William.

Dalam ucapan pembahasan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 itu beliau menyeru supaya kerajaan Umno-BN mengakui bahawa suatu dasar tergantung kepada retorik perkauman tidak boleh berjaya dalam menghadapi situasi yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009